PENAJA - IKLAN BERBAYAR



Sila click pada ruang yang kosong atau Email Kepada BilaTintaBicara@gmail.com untuk maklumat lebih lanjut

TERIMA KASIHHHH PENCURI ( Sebut dengan suara david arumugam)

KODIANG: Bosan dengan kegiatan mencuri yang semakin berleluasa di Masjid Ar Rahmah, Kampung Melele, di sini, ahli jawatankuasanya terpaksa mengambil tindakan memasang kain rentang bertulis sindiran "terima kasih kepada pencuri-pencuri yang sentiasa mencuri barang masjid ini, tapi ingat balasan Tuhan pasti akan tiba... tunggu", sejak tujuh bulan lalu.

Difahamkan, sebelum kain rentang itu dinaikkan, masjid berkenaan sering menjadi sasaran pencuri tanpa mengira waktu membabitkan pelbagai barangan antaranya unit sistem pembesar suara bernilai RM10,000, 15 unit kipas siling, jeriji dan penutup besi serta kepala paip selain motosikal ahli kariah hilang menyebabkan banyak kerugian yang terpaksa ditanggung pihak berkaitan.
Berikutan kejadian yang sukar dibendung itu juga ahli jawatankuasa masjid dan penduduk kampung berkenaan akhirnya mengambil keputusan menutup masjid kepada orang awam selepas waktu Isyak bagi mengelak kejadian sama berulang.

Setiausaha Masjid Ar Rahmah, Mohammad Fauzi Mohd Zain, 47, berkata tindakan menaikkan kain rentang itu memberi kesan yang baik kepada masjid berkenaan kerana mendapati tiada lagi aduan kecurian membabitkan masjid dilaporkan sejak tujuh bulan lalu oleh penduduk kampung.

Katanya, tujuan menaikkan kain rentang itu adalah sebagai satu serangan psikologi terhadap pencuri supaya berhati-hati dan sentiasa mengingati balasan yang akan diterima mereka jika tidak insaf dengan perbuatan buruk itu.

"Mereka (pencuri) akan ambil apa saja yang boleh dijual terutama barangan elektrik dan bahan berasaskan besi. Mereka buat kegiatan terkutuk ini tanpa mengira waktu sama ada malam, siang atau awal pagi.
"Kami bersyukur kerana usaha terakhir (kain rentang) itu memberi kesan baik kepada keselamatan masjid selain memperingati diri kami sendiri terhadap kekuasaan Tuhan.

"Kami sudah bosan untuk melayan kerenah pencuri ini kerana kami juga mempunyai tanggungjawab lain terhadap keluarga," katanya.

Selain itu Fauzi berkata, kawasan masjid yang mempunyai ruang lapang di belakangnya juga menyebabkan ada pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan melakukan perbuatan tidak bermoral.

"Kawasan belakang masjid ini amat lapang dan terlindung hingga boleh menempatkan banyak kenderaan. Keadaan ini mungkin menyebabkan ramai yang mengambil kesempatan," katanya.

Seorang ahli jawatankuasa masjid, Ismail Husin, 74, berkata beliau mendapati kejadian curi sudah tidak berlaku sejak kain rentang itu dinaikkan tujuh bulan lalu.

Beliau berkata, ia ditambah dengan tindakan lain yang diambil ahli kariah seperti menutup masjid kepada orang awam selepas waktu Isyak dan palang besi khas sebagai tempat meletakkan motosikal di kawasan masjid.

"Dulu masjid ini sering menjadi tumpuan orang ramai untuk menumpang teduh ketika pada lewat malam dan kami juga tidak keberatan menyediakan pelbagai kemudahan yang boleh digunakan bersama.

"Namun sejak kejadian curi dan perbuatan tidak bermoral mula mencemarkan masjid ini, kami terpaksa mengambil tindakan sedemikian rupa.

"Saya harap orang ramai yang selama ini sentiasa menggunakan masjid ini selepas waktu Isyak faham mengenai situasi yang kami hadapi,katanya

Sumber Berita Harian

TintaBicara - Sampaikan lah salam rindku padanya :-)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


4 Dakwat Tumpah:

Sesopie said... [Balas Komen Ini]

adui..Kat masjid pun nak mencuri ke..ish2

kacang said... [Balas Komen Ini]

ish ish ish.
pencuri pencuri

azimask said... [Balas Komen Ini]

memacam orang.. masjid pun jadik mangsa...

Mr. Asada said... [Balas Komen Ini]

hadoi.. cari bala betul la pencuri ni. hope dia insaf la lepas baca kain rentang tu.

takkan polis tak dapat kesan plak ea? hurm..

Post a Comment

 Online User