PENAJA - IKLAN BERBAYAR



Sila click pada ruang yang kosong atau Email Kepada BilaTintaBicara@gmail.com untuk maklumat lebih lanjut

TOLONG ENCIK SAYA ORANG SUSAH....



JOHOR BAHRU: “Tolong encik, saya orang susah, ambil nombor mahu cuba nasib saja,” demikian alasan lelaki warga asing selepas dicekup sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) ketika membeli nombor ramalan.

Ketika ditahan, pelbagai alasan diberi selain rayuan meruntun jiwa anggota penguat kuasa bagi dilepaskan tanpa dikenakan tindakan.

Tidak kurang juga ada yang cuba melawan ketika ditahan untuk pemeriksaan, bagaimanapun hasil tindakan pantas pegawai JAIJ berjaya mengelak kejadian tidak diingini.


Ada kaki ekor yang berniat membeli nombor ramalan membatalkan niat selepas melihat premis berkenaan dimasuki anggota penguat kuasa.


Jurucakap JAIJ berkata, bertindak atas maklumat orang ramai berhubung kegiatan tidak sihat di kalangan individu beragama Islam itu, pihaknya menjalankan gerakan menahan kaki judi terbabit.

“Semua yang ditahan adalah mereka yang berpendapatan rendah dan bekerja sebagai buruh binaan, pekerja kontrak dan bekerja sendiri tanpa kerja tetap,” katanya “Walaupun hanya cukup makan, mereka tetap sanggup berbelanja RM10 setiap hari untuk membeli nombor ramalan walaupun tahu ia belum tentu memberi pulangan,” katanya.


Semua yang ditahan berusia antara 30 hingga 60 tahun dan mereka akan didakwa mengikut Seksyen 18 (1) Enakmen Jenayah Syariah Johor 1997 kerana terbabit dalam kegiatan perjudian.


Mereka diarah hadir ke pejabat Bahagian Penguatkuasaan JAIJ Ledang untuk membantu siasatan kes itu kelmarin. Jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda maksimum RM2,000 penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Sumber : HarianMetro


TintaBicara - Hihi penah berpengalaman menyertai jais sebagai sukarelawan operasi malam tahun baru,dan jugak serbu kedai ekor.heheheh macam macam ragam yang kita akan jumpa

cuba bayangkan situasi semasa piala dunia nanti sebab lesen judi bola da diluluskan utk bukan islam tapi persoalannya penguatkuasaan yg lemah at the end yg salah tetap melayu hihhi




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


0 Dakwat Tumpah:

Post a Comment

 Online User