KUALA LUMPUR: DAP Perak berhasrat menguatkuasakan perjanjian yang ditandatangani semua wakil rakyatnya ketika pilihan raya umum 2008 yang menuntut mereka membayar ganti rugi RM5 juta jika keluar parti.
Pengerusinya, Datuk Ngeh Koo Ham, berkata keputusan itu berikutan seorang lagi wakilnya iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Malim Nawar, Keshwinder Singh, bertindak menjadi wakil Bebas dan menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN) semalam.
Kami telah memutuskan untuk menguatkuasakan kontrak yang ditandatangani antara wakil rakyat dan parti ketika mereka dipilih menjadi calon dulu," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, di sini hari ini.
eshwinder adalah wakil rakyat DAP Perak yang kedua berbuat demikian selepas ADUN Jelapang Hee Yit Foong.
Mengulas lanjut, Ngeh berkata kedua-dua wakil rakyat berkenaan turut menandatangani perjanjian itu yang antara lain menyatakan mereka yang menyertai parti lain harus meletak jawatan dan membayar ganti rugi RM5 juta kepada DAP.
Bagaimanapun katanya, keputusan akhir sama ada tindakan undang-undang akan diambil ke atas kedua-dua wakil rakyat itu akan dibuat selepas mesyuarat jawatankuasa kerja pusat parti pada 28 Jun ini.
Sementara itu, Penasihat Undang-Undang Umno, Datuk Hafarizam Harun berkata apa juga perjanjian yang menyekat wakil rakyat keluar parti adalah tidak sah dan terbatal.
Ini kerana, katanya tindakan itu menyalahi Akta Kontrak 1950 dan bercanggah dengan peruntukan Perkara 10(1) Perlembagaan Persekutuan mengenai kebebasan berpersatuan.
-Sumber Bernama
Tinta Bicara : Pemerhati Bebas :-)
5 Dakwat Tumpah:
sumber BERNAMA. bukan beranama
adduuhhh.. sekarang nie kalau nak saman je main juta juta jeee... nampak sangat duit tuh dah amat jatuh.... amik rm50 cukup la.. dipecahkan.. tau tauabes.. tetibe cam blur.. mana rm50 aku tadik ekkhh... heheheheh
klik sinie jom ke blog mimie azimask :D ...
satu cadangan dan ugutan. bodoh punya DAP. terdesak sangat sampai nak buat surat perjanjian macam tu? what the hell?
thanks kerana betulkan kesilapan
akan dibetulkan segera
silap sendiri sampai orang bawahan keluar parti..
tp lagi mau mintak ganti rugi pulak
Post a Comment