PENAJA - IKLAN BERBAYAR



Sila click pada ruang yang kosong atau Email Kepada BilaTintaBicara@gmail.com untuk maklumat lebih lanjut

Bayarlah Dengan Segelas Susu ........

Sudah beberapa jam seorang pengembara merentas sungai mendaki bukit dan menuruni lurah. Disinari dengan cahaya matahari yang terik tekak beliau terasa dahaga yang teramat.

Beliau singgah di sebuah rumah yang sangat daif keadaannya.Beliau meminta segelas susu dari tuan rumah yang sangat miskin pada zahirnya. Setelah beliau minum
beliau ingin mebayar harga segelas susu tadi.Tetapi gadis itu menolak
katanya ibu telah mengajar supaya kita tidak mengharapkan balasan dalam setiap perbuatan yang kita lakukan

Pengembara itu berasa sangat tersentap dengan kenyataan yang di keluarkan oleh
gadis itu.Walaupun miskin tapi penuh dengan budi bahasa.Perkara itu meningalkan kesan yang amat mendalam di dalam hati pengembara itu

Musim berganti Musim Tahun berganti tahun telah 20 tahun semenjak peristiwa itu berlaku.
Seorang budak perempuan yang kini berusia 20 tahun di serang penyakit kronik. Dia di hantar ke sebuah hospital terkenal dan diperiksa oleh doktor pakar seterusnya menjalanni pembedahan.
Sejurus melihat wajah gadis itu doktor itu terkesima sambil terkenang perkara yang berlaku 20 tahun lepas inilah gadis yang memberinya segelas susu tanpa mengharapkan balasan


Inilah masa membalas budi gadis itu menjalani pembedahan
segala usaha telah dilakukan doktor terbabit bagi memastikan gadis ini selamat
gadis itu tinggal di hospital sehingga beliau pulih sepenuhnya

Kini bil bayaran telah sampai ke tangan gadis itu untk pengesahan
alangkah terkejut nya gadis itu melihat bil yang perlu di jelaskan
bagi gadis yang miskin hina itu 7 keturunan pun belum pasti beliau dapat menjelaskan bil itu.

Tapi

Di akhir bil itu di seblah kiri ada satu tulisan tangan yang tercatat
Bayarlah dengan Segelas SUSU

Dr Howard Kelly



Para Sahabat sahabat sekalian
ini adalah pengalaman sebenar Dr Howard Kelly (1858 - 1943) Salah seorang doktro yang mengasakan universiti John Hopkins. Peristiwa Dr Howard di berikan segelas susu ketika beliau mengembara ke Pennslvania
ketika itu beliau masih menuntu di kolej perubatan
ia telah meninggalkan kesan yang mendalam dalam diri Doktor tersebut.

Sepanjang karier nyer Dr Howard Kelly terkenal dengan sifat pemurahnya.
Beliau bukan sahaja tidak mengenakan bayaran malah turu mengajikan jururawat bagi menjaga para pesakitnya yhang tidak berkempampuan

Apakah yang menyebabkan beliau menjadi begitu pemurah
Tak lain tak bukan peristiwa segelas susu....
Renung-Renungkan








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


2 Dakwat Tumpah:

ila-ali said... [Balas Komen Ini]

Bestnya cerita ni. Kadang-kadang kata-kata yang kita anggap biasa meninggalkan kesan yang sangat mendalam terhadap seseorang sehingga mengubah kehidupannya.

Cik Bucken said... [Balas Komen Ini]

what a great human..

Post a Comment

 Online User