PENAJA - IKLAN BERBAYAR



Sila click pada ruang yang kosong atau Email Kepada BilaTintaBicara@gmail.com untuk maklumat lebih lanjut

Bintang Winter Sonata Bunuh Diri ?

SEOUL - Pelakon Korea Selatan yang juga seorang penyanyi terkenal di Jepun, Park Yong-Ha membunuh diri di rumahnya di sini semalam ekoran tekanan kerja dan tanggungjawab menjaga bapanya yang menghidap kanser perut.

Mayat bintang berusia 33 tahun itu ditemui oleh ibunya dan polis percaya dia menggantung diri dengan wayar elektrik di dalam biliknya.

Insiden itu berlaku beberapa jam selepas dia pulang ke rumah dalam keadaan sangat mabuk.

"Kami mengesahkan bahawa dia membunuh diri," kata satu kenyataan polis.

Dia tidak berdepan dengan masalah kewangan atau kemurungan.

Namun, polis menyatakan Yong-Ha mengalami tekanan kerana dia perlu menguruskan syarikat hiburan dan kerjayanya sebagai pelakon serta penyanyi semasa bapanya berdepan dengan kanser perut.

Sebelum dia ditemui mati, pelakon itu sempat memberitahu bapanya dengan meminta maaf dan menyatakan dirinya yang lebih sakit.

Dia memulakan kerjaya lakonan sejak tahun 2002 dan mula popular selepas membintangi drama bersiri Winter Sonata.

Kerjaya nyanyiannya cemerlang di Jepun apabila 10 album popularnya dipasarkan dalam tempoh lima tahun.

Dia dijadualkan memulakan penggambaran drama Korea,Comrades, Almost A Love Story pada bulan ini. - Agensi


Antara filem yang aku layan time muda muda dulu hik2 :-)










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


3 Dakwat Tumpah:

Anonymous said... [Balas Komen Ini]

ermmmm..tu terjadi bila iman tiada di dada..seb bek bkn org islam..huhu!

Unknown said... [Balas Komen Ini]

trend org korea jepun..
bersyukurlah kite dilahirkan sbg islm:)

Icha Jahidin said... [Balas Komen Ini]

aah,sedih bila dapat tau pasal ni semalam. kalau tak silap wayar telefon kan?

tapi tu la,sebab tak ada iman,jadi la benda macam ni.ingatkan dalam cerita je dia emo,betul2 pun emo jugak. huhu.

Post a Comment

 Online User