PENAJA - IKLAN BERBAYAR



Sila click pada ruang yang kosong atau Email Kepada BilaTintaBicara@gmail.com untuk maklumat lebih lanjut

Darth Vader rompak bank di New York


NEW YORK - Seorang lelaki yang memakai kostum seperti watak dalam filem Star Wars, Darth Vader merompak sebuah bank di sini kelmarin, lapor sebuah akhbar semalam.

Dia yang menggunakan sepucuk pistol berjaya melarikan sejumlah wang.

"Pada mulanya, pelanggan-pelanggan menyangka lelaki itu melakukan gurauan dan ia bukannya satu percubaan serius untuk merompak," kata seorang pegawai polis, Sarjan William Lamb.

Polis kemudian mengeluarkan satu rakaman kamera litar tertutup yang menunjukkan lelaki itu berada di kaunter juruwang dan memasukkan sejumlah wang ke dalam sebuah beg manakala pelanggan-pelanggan bank tersebut duduk di lantai.

Menurut pegawai polis berkenaan, jumlah wang yang dibawa lari masih tidak diketahui kerana semasa berita rompakan tersebut dilaporkan pihak bank masih melakukan pengiraan jumlah wang yang dirompak itu. - Agensi


I loike:-)








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


6 Dakwat Tumpah:

ASaDa RyutaRo said... [Balas Komen Ini]

hahahaha.. boleh lak org kat situ anggap sebagai gurauan, jatuh sekejap reputasi dia sebagai perompak. hahaha..

ini betul2 bukan cobaan.. hehe =P

amira said... [Balas Komen Ini]

hoho..hero fantasi keluar merompak..
bila bahan bergurau jadi serius...
sapa yang rugi?

amira said... [Balas Komen Ini]

hoho..hero fantasi keluar merompak..
bila bahan bergurau jadi serius...
sapa yang rugi?

amira said... [Balas Komen Ini]

hoho..hero fantasi keluar merompak..
bila bahan bergurau jadi serius...
sapa yang rugi?

hazman aka species1980 said... [Balas Komen Ini]

uish... die sorang je ke.... hebat betul laa...

.aira. said... [Balas Komen Ini]

kah kah, pelek betol omputeh ni, lau kat sini, merompak pakai baju cicak man lah, baru lancar rompakan, HAHA

jempot lihat blog and tingglkan jejak anda di entri ni :D
life as UNI student xD

Post a Comment

 Online User