PENAJA - IKLAN BERBAYAR



Sila click pada ruang yang kosong atau Email Kepada BilaTintaBicara@gmail.com untuk maklumat lebih lanjut

HARAM PAKAI BAJU BOLA BERLAMBANG SALIB ATAU SYAITAN...





Pemakaian jersi bola sepak atau sebarang pakaian yang memiliki lambang salib, jenama arak dan imej syaitan adalah haram hukumnya dan boleh menjurus kepada perbuatan syirik.

Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Nooh Gadot berkata, perkara tersebut ditegah oleh Islam dan perbuatan mengabaikan hukum yang sudah jelas boleh membawa umat Islam ke arah syirik.

Beliau berkata, memakai baju seperti itu walau apapun alasannya menunjukkan umat Islam seolah-olah mengagung-agungkan dan memuliakan lambang agama lain.

“Semua mengetahui hukum ini dengan jelas, ia adalah haram dan jangan beri alasan untuk menghalalkan perkara tersebut.

“Dalam hal ini, Islam tidak ada kompromi sama ada ia dibuat atas nama hiburan, fesyen mahupun sukan,” ujarnya ketika dihubungi Kosmo! Ahad baru-baru ini.

Beliau mengulas trend menyarung jersi di kalangan remaja dan golongan dewasa masa kini yang secara terang-terangan memiliki lambang salib atau jenama arak di baju mereka.

Trend itu sudah agak lama berlaku di negara ini namun semakin popular semenjak demam Piala Dunia melanda bermula awal tahun ini.

Antara jersi pasukan negara atau kelab yang tertera lambang salib atau imej syaitan adalah Brazil, Portugal, Sweden dan Norway, Manchester United dan Barcelona.

Nada yang sama turut diluahkan oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.

Beliau berkata, perbuatan memakai baju seperti itu hanya menjurus ke arah dosa dan boleh mengakibatkan syirik kepada Allah.

Jelasnya, pakaian yang mempamerkan lambang agama lain mahupun mempunyai imej syaitan dan jenama arak dilihat seperti mengangkat martabat lambang itu lebih tinggi berbanding Islam.

Menurut Harussani, Islam tidak menghalang umatnya untuk berfesyen atau bersukan namun ia perlu dilakukan dalam ruang lingkup syarak seperti menutup aurat dan tidak membazir.

-Bila mufti Bersuara-

Sumber Kosmo








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


19 Dakwat Tumpah:

PEJUANG KESENIAN EXTREME said... [Balas Komen Ini]

Bagus diberi kesedaran kepada semua tentang logo tersebut..Kadang2 diorg perasan buat2 tak perasan..

Kontroversi tentang Showdown 2010 yang patut anda tahu..

Affan Ruslan said... [Balas Komen Ini]

jazakillah :)

maCy said... [Balas Komen Ini]

dulu ade kes ad lmbang csberg~

amira said... [Balas Komen Ini]

nasib baik saya mmg x pakai baju jersi..tq inagtkan~~

mizzura said... [Balas Komen Ini]

betul..tu...nilah masalah bila mostly bendera diorang ada lambang + itu..

kerangRebus said... [Balas Komen Ini]

good info!kene pesan kat kengkwn nih =_=

alinac lover said... [Balas Komen Ini]

tq sharing info

eily farhana said... [Balas Komen Ini]

mohon share ye asy :D

shameel Iskandar said... [Balas Komen Ini]

Trima kasih atas info yg menarik ini. Kpd semua sahabat, bola-bola juga tapi akidah yg wajib diutama.Agama kita tanggungjawab kita.

si[jari] telunjuk said... [Balas Komen Ini]

dulu,cik jari pernha terbeli baju t-shirt england((zaman world cup)),masa tuh ta terfikir pon sal lambang salib tuh..pastu bila dh taw sal lmbang salib tuh,cik jari terus kaler lambang tuh jadi bentuk empat segi

hiro said... [Balas Komen Ini]

gua ada bju M.U..pehh

rhapsody LiN said... [Balas Komen Ini]

huhu.. bnyk jgk nmpk.. tp diorg anggap bnde ni x pnting.

Lindonut said... [Balas Komen Ini]

yess, this is very true. thx bro. :)

amirah said... [Balas Komen Ini]

aku baru tau psl ni..tq
so xyah pkai jersi team itu lagi

amirah said... [Balas Komen Ini]

aku baru tau psl ni..tq
so xyah pkai jersi team itu lagi

@ien_R@z said... [Balas Komen Ini]

terima kasih atas perkongsian nie.. memang tak perasan pon lambang2 tu..

semoga ramai yg akan lebih tahu ttg nie nanti.. insya Allah..

Hamzah Ian said... [Balas Komen Ini]

masu gua kat sekolah dulu penah ustaz koyakkan baju2 jersi ni sbb ade lambang salib...

sesiapala said... [Balas Komen Ini]

Boikot arsenal!!!!!!! Penyumbang kepada ekonomi Israel....

Akim Iqbal said... [Balas Komen Ini]

Erk

Post a Comment

 Online User