PENAJA - IKLAN BERBAYAR



Sila click pada ruang yang kosong atau Email Kepada BilaTintaBicara@gmail.com untuk maklumat lebih lanjut

Lagi Bayi Di Buang Lagi..........

ANDAKAN 4 Julai - Mayat seorang bayi perempuan yang baru lahir ditemui di kawasan tapak pelupusan sampah di Batu 8, Jalan Fook Kim, dekat sini semalam.

Mayat bayi itu yang masih bertali pusat dan diselimuti dengan kain ditemui kira-kira pukul 6 petang oleh kanak-kanak yang memungut sampah di kawasan tapak pelupusan itu.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Rosli Mohd. Isa berkata, siasatan awal polis mendapati mayat bayi itu ditemui oleh kanak-kanak berkenaan dari longgokan sampah yang baru diturunkan dari sebuah lori sampah.

Lori tersebut sebelum itu memungut sampah di kawasan Batu 4 di sini tetapi pekerjanya tidak menyedari tong sampah yang mengandungi mayat bayi itu, katanya.

Rosli berkata, mayat bayi itu kemudian dihantar he Hospital Duchess of Kent Sandakan untuk bedah siasat.

Beliau meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. - Bernama



- Apalah salah insan yang tak berdosa itu-







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


3 Dakwat Tumpah:

Roxy zai said... [Balas Komen Ini]

hurmm..mak dia dah kehilangan hati ke apa?=(

Nyetok said... [Balas Komen Ini]

Malaysia perlu sediakan satu tong sampah khas untuk buang bayi gamaknya... haiyhh ape nk jadi

rammyd said... [Balas Komen Ini]

tah habes-habes cerita buang bayi. kesal.

Post a Comment

 Online User