PENAJA - IKLAN BERBAYAR



Sila click pada ruang yang kosong atau Email Kepada BilaTintaBicara@gmail.com untuk maklumat lebih lanjut

Askar Israel dan Lubnan Bertempur...Perang Badar dalam ingatan

ADAISSEH (Lubnan): Tentera Israel dan Lubnan berbalas-balas tembakan di sempadan kedua-dua negara, semalam, menyebabkan tiga tentera Lubnan dan seorang wartawan terbunuh. Seorang pegawai tinggi tentera Zionis turut maut dalam insiden paling buruk sejak perang pada 2006.
Kumpulan Hezbullah yang disokong Iran dan Syria tidak terbabit dalam pertempuran itu.

Tentera Israel juga tidak dilihat membuat sebarang persiapan melancarkan operasi besar-besaran ekoran insiden semalam.

Walaupun kawasan itu jarang berlaku pertempuran, ketegangan sentiasa berlaku di antara pihak Lubnan dan Israel.

Ekoran perkembangan terbaru itu, tentera pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa kedua-dua pihak melaksanakan ‘kawalan maksimum’ bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.

Kawasan itu pernah menyaksikan pertempuran sengit di antara gerila Hezbullah dengan tentera Israel empat tahun lalu.

Menurut saksi, tentera Israel melepaskan sekurang-kurangnya tujuh tembakan artileri ke perkampungan Edayseh.

Sumber keselamatan Lubnan berkata, satu daripada bom itu terkena sebuah rumah, menyebabkan tiga tentera Lubnan dan seorang penduduk awam maut.
“Ia tercetus apabila tentera Israel mahu menebang sebatang pokok yang berada dalam kawasan Lubnan dan tentera melepaskan tembakan amaran sebagai tindak balas cubaan itu.
“Tembakan amaran tentera Lubnan dibalas dengan serangan artileri,” katanya.

Walaupun kini tiada tembakan dilepaskan, katanya, ketegangan masih dirasakan di kawasan itu.


InsyAllah kalau di takdirkan kita berperang ketika bulan Ramdhan
makan akan lebih bersemangat lah tentera tentera lubnan untuk mati syahid
Doakan mereka!





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


1 Dakwat Tumpah:

Idalara said... [Balas Komen Ini]

Salam
Muga2 Allah swt berikan kemenangan kepada org2 Islam dan membebaskan rakyat Gaza dari kekejaman israel laknatullah.

Post a Comment

 Online User