PENAJA - IKLAN BERBAYAR



Sila click pada ruang yang kosong atau Email Kepada BilaTintaBicara@gmail.com untuk maklumat lebih lanjut

Bayi hampir di makan anjing liar....



NIBONG TEBAL: Seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat hampir menjadi habuan sekumpulan anjing apabila ditinggalkan di depan sebuah kedai di Taman Cegar, Simpang Ampat di sini, pagi semalam.

“Kasihan... ketika saya jumpa, bayi ini menangis dan menggigil kesejukan walaupun dibalut kain dan kertas.
“Saya sangkakan bunyi anjing tetapi apabila memeriksa bungkusan itu, saya dapati seorang bayi. Nasib baik saya jumpa lebih awal, kalau tidak mungkin dimakan anjing yang sering berkeliaran,” kata pemilik kedai itu, Ng Song Huat.

Bayi yang cukup sifat seberat 2.58 kilogram itu, ditemui kira-kira jam 7.56 pagi dihantar ke Hospital Sungai Bakap untuk pemeriksaan lanjut.

Ng ketika ditemui berkata, dia terkejut apabila melihat satu bungkusan di depan kedainya sebaik membuka premis itu untuk pergi membeli barangan dapur.

Dia yang pada awalnya menyangkakan bunyi anjing dalam bungkusan yang dimasukkan ke dalam plastik, terkejut apabila mendapati seorang bayi menangis dan menggigil kesejukan.
Berikutan itu, dia memanggil isterinya untuk memberi bantuan. Pasangan itu kemudian menghubungi polis sebelum membawa bayi itu ke hospital.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Prai Selatan, Superintendan Shafien Mamat, berkata bayi berkenaan dipercayai dilahirkan di tempat lain sebelum dibersihkan dan ditinggalkan di kaki lima itu.

Katanya, pihaknya sedang menyiasat untuk mengesan ibu bayi berkenaan dan setakat ini belum dapat mengenal pasti keturunan bayi itu.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian itu dan mana-mana klinik serta hospital yang merawat wanita baru bersalin dalam keadaan mencurigakan, diminta menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan

Sumber Berita Harian....





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


7 Dakwat Tumpah:

FiRsYa MeLisSa said... [Balas Komen Ini]

kesiannye baby tu...

syafawani said... [Balas Komen Ini]

ciannya..xsampai ati tengok..

linda musee said... [Balas Komen Ini]

sape la yang takde hati perut tu. geram betuuul :(

hani said... [Balas Komen Ini]

teruk btul manusia sekarang ni...

ツbieaz@bie Azreenaツ said... [Balas Komen Ini]

kesiannye....sedih tengok baby tuh!
dah semakin menjadi2 pembuangan anak huhhh

maCy said... [Balas Komen Ini]

nauzubillah.. umat akhir zaman, kmbali ke zmn jahiliah, mbuang anak~

kejam!

Nadd said... [Balas Komen Ini]

lg2 kes buang bayi,'kesian beby ni :'(

Post a Comment

 Online User