PENAJA - IKLAN BERBAYAR
Rumah Baitul Ehsan
SABAK BERNAM: Seramai 16 remaja perempuan hamil tanpa nikah, purata dua orang sebulan dimasukkan sama ada secara sukarela atau menerusi perintah mahkamah ke Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan di sini, sejak Januari lalu.
Pengusaha Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan, Mohd Makhi Adnan, berkata seramai lapan remaja sudah melahirkan anak dan berada dalam tempoh pantang, manakala lapan lagi masih menunggu kelahiran.
Beliau berkata, semua remaja terbabit masih bersekolah dan menuntut di institusi pengajian tinggi (IPT) berusia antara 16 hingga 20 tahun.
“Remaja yang baru bersalin diberi perlindungan minimum antara enam bulan hingga setahun bergantung kepada keputusan ibu bapa yang menghantar anak mereka secara sukarela ke pusat itu atau perintah mahkamah.
“Apa yang membimbangkan kami, jumlah kemasukan remaja yang berdepan dengan pelbagai masalah sosial termasuk hamil luar nikah ke pusat perlindungan itu yang ditubuhkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) pada 2001, terus meningkat kepada 96 orang dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini, berbanding secara purata 60 orang sepanjang tahun lalu.
Baca Lebih lanjut di sini
Bagus lah tu semua manusia tak terlepas dari membuat kesilapan
tapi peluang untuk berubah itu ada senantiasa di depan mata
apa yang penting bagi kita bukan lah mengutuk mengeji atau menghina tapi memberi sokongan moral agar mereka tabah menghadapi dugaaan
kadang kadang kita cuba mengelak dari mengulangi kesilapan
tapi orang tak nak beri ruang bende yang dah sudah sudah je lah
teruskan kehidupan seperti biasa :-)
Related Posts :
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Online User
2 Dakwat Tumpah:
takut ader yang fikir
"takpe maksiat diteruskan,, perempuan hamil kan akan dapat perlindungan"
seram....
jangan piker negative jer, kalau org tu mangsa rogol, bukan slah die pon, ada tempat perlindungan , sekurang kurangnya dapat menjaga mangsa
Post a Comment