PENAJA - IKLAN BERBAYAR



Sila click pada ruang yang kosong atau Email Kepada BilaTintaBicara@gmail.com untuk maklumat lebih lanjut

7 Perkara yang anda Perlu Lakukan Sebelum Tinggalkan Rumah


Assalamualaikum
hamboi2 semua dalam mood raya gitu
hahah sama la kita cuma tuan rumah masih kene keje sampai hari rabu ni
warga kota kebanyakannya telah meninggalkan rumah untuk pulang ke kampung halaman ( ayat drama melayu) :-)

Dan kesempatan ini akan di ambil oleh manusia manusia yang berhati nuraini suci murni dan bersih untuk tolong "mengemas" rumah kita aka sapu sampai licin untuk dapatkan duit raya bagi poket mereka betul tak?

Jadi hari ini ambo nak berkongsi tip2 mengelakan kejadiah pecah rumah di musim perayaan

Jom kita tengok 7 langkah bagi mengatasi masalah pecah rumah di musim perayaan



YANG PERTAMA - Pastikan selipar atau kasut yang murah murah di letakkan di luar rumah
sama ada terusun ataupun berselerak. Ini akan meninggalkan persepsi bahawa masih ada orang di dalam Rumah.

YANG KEDUA - Kalau boleh lampu di dalam rumah tu di set kan untuk terpasan selepas jam 12 malam supaya sebarang pegerakan yang mencurigakan dapat di kesan jiran tetangga yang ambil peduli. Kalau tak bleh set automatik sila nyalakan lampu itu :-)

YANG KETIGA - Pastikan tiada kunci pendua yang di sorok samada di atas kotak suis elektrik,di tepi tingkap di bawah pasu bunga ataupun di bawah alas kaki dan juga di dalam peti surat :-)

YANG KEEMPAT - Sila beritahu kepada jiran terdekat terbaik dan di percayai mengenai kepulangan anda ke desa. Mintak la tolong dengan sopan supaya mereka bantu menjaga rumah ketika kita tiada di sini

YANG KELIMA - Laporkan pada pihak polis mengenai percutian anda dan keluarga. Ini membolehkan pihak polis melakukan rondaan berkala di kawasan kediaman anda

YANG KEENAM - Hentikan dahulu penghantaran susu segar,surat khabar atau apa apa perkara ke rumah anda. Jika benda itu tersadai di luar maka ia akan memberi implikasi kepada orang lain bahawa anda tiada di RUMAH

YANG KETUJUH - BERDOA DAN BERSERAH lah kepada ALLAH selepas semua usaha di lakukan oleh kita. Jangan pakai pendinding ataupun memagar kawasan rumah anda itu kan syirik :-)


SELAMAT MENCUBA :-)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


9 Dakwat Tumpah:

Encik aMin said... [Balas Komen Ini]

good tips... thanks.. :)

ciK_SaLmaH said... [Balas Komen Ini]

xbalik kampung :(

zyra said... [Balas Komen Ini]

keje smp rabu? same laa kita...

lampu yg nyala senir bile gelap tu bleh gak guna kalu tgglkn umah kosong beberapa hari...

zyra pakai lampu tu laa... tp td br je dia terbakar... hmmm.. nasiblaa.. sok kuar umah tawakkal je.. (^_^)

Asyraf Hamasaki said... [Balas Komen Ini]

Encik Amin - Same same hahah

cIK sALMAH - bALIK2 :-)

Zyra - Hehehe Insyaallah takder apa ap a

amira said... [Balas Komen Ini]

kg belah mak 1 km je.. kg belah ayah seberang laut.. so, pergi yang dekat jelah

Ogy said... [Balas Komen Ini]

salam ziarah dan salam aidilfitri.....

-haLi3isa a.k.a L3ha, MY- said... [Balas Komen Ini]

tips yang baik. apa2pun selamat balik kg, selamat ari raya, maaf zahir dan batin. maaf la jika ada terkasar bahasa sepnajng menjadik pengomen nie~ hehehe.

Cik Bucken said... [Balas Komen Ini]

SELAMAT MENYAMBUT HARI LEBARAN...MINNAL AIDIL WAL FAIZIN...:)

Nur Hawa Mohd Zin said... [Balas Komen Ini]

tq atas peringatan...selamat pulang ke kampung dan hari raya ya

Post a Comment

 Online User