PENAJA - IKLAN BERBAYAR



Sila click pada ruang yang kosong atau Email Kepada BilaTintaBicara@gmail.com untuk maklumat lebih lanjut

NAK BUAT KUIH RAYA? PASTIKAN BUKAN YANG INI



Masyarakat Islam dinasihatkan menghentikan penggunaan minyak sapi jenama QBB Pure Ghee (gambar) keluaran syarikat QBI Packaging Sdn. Bhd. ekoran penarikan balik status halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada 19 Ogos lalu.

Nasihat itu dibuat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) selepas pemantauan Jakim mendapati produk tersebut mengandungi elemen-elemen yang meragukan dari segi status halalnya.

Menurut Pegawai Kerja PPIM, Mohd. Mustaffa Hamzah, penarikan balik produk itu di pasaran perlu dilakukan serta-merta bagi mengelak kekeliruan di kalangan pengguna.

"PPIM juga menyeru agar syarikat terbabit menarik semula produk tersebut yang berada di pasaran manakala Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Jakim pula mesti memantau produk itu dari semasa ke semasa," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Di olah dari Kosmo
Mari kita sebarkan beramai ramai



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


4 Dakwat Tumpah:

Anonymous said... [Balas Komen Ini]

erm...kita pakai yg 1 lg..mcm2 lah dorang ni..adoiiii!

Nur Hawa Mohd Zin said... [Balas Komen Ini]

alhamdulillah tak pakai minyak sapi..tapi mmg tak da jual da kat pasaraya tau

Nur Hawa Mohd Zin said... [Balas Komen Ini]

Alhamdulillah tak pakai minyak sapi...tapi memang myk sapi jenis ni dah tak da kat pasaraya

kaizen shinobi said... [Balas Komen Ini]

sigh~ malaysia2.... sedih tol..

Post a Comment

 Online User