PENAJA - IKLAN BERBAYAR



Sila click pada ruang yang kosong atau Email Kepada BilaTintaBicara@gmail.com untuk maklumat lebih lanjut

Perompak Amatur Muat Turun Gambar Di Facebook


Seorang perompak bank, Ryan Homsley yang menggelarkan dirinya sebagai 'Where's Waldo' ditangkap dua hari selepas dia mengaku melakukan jenayah itu dalam laman sosial Facebook miliknya, lapor sebuah akhbar semalam.

Nama 'Where's Waldo' diberikan kepadanya yang diambil sempena watak ciptaan pelukis British, Martin Handford itu kerana dia sebelum ini sukar ditangkap.

Pihak Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) menahan Homsley berusia 29 tahun selepas dia menulis: "Saya kini seorang perompak bank" di laman Facebook pada 22 September lalu.

Pengakuan itu ditulis hanya selepas beberapa jam dia merompak sebuah bank di Tualatin, dekat Portland, Oregon Amerika Syarikat (AS).

Homsley turut menjadikan gambarnya yang dirakamkan kamera pengawasan bank dan yang telah disiarkan media sebagai gambar profilnya di Facebook.

Satu klip video dari kamera litar tertutup (CCTV) bank tersebut menunjukkan Homsley berdiri di hadapan sebuah kaunter dengan memakai baju belang dan cermin mata tebal. Dia memberitahu kakitangan bank bahawa dia membawa sebutir bom.

Namun, satu beg dan kotak kecil yang ditinggalkannya selepas melarikan wang itu sebenarnya tidak berbahaya.

Rakan-rakan Homsley memberitahu dia menghidap diabetes dan terdesak untuk mendapatkan wang bagi membiayai kos rawatannya. Homsley di tangkap semasa dia mendapat rawatan di sebuah hospital

~~" apa punya orang da


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


18 Dakwat Tumpah:

Cik Bucken said... [Balas Komen Ini]

aku rase die nih ade masalah identiti.haha

nur said... [Balas Komen Ini]

orang cam ni pun ada ke

ALL IN ONE

Hisyam Muhibah said... [Balas Komen Ini]

dalam terdesak nak hidup, akal memang tak fikir panjang. nasib lah kamu..

akuwanny said... [Balas Komen Ini]

agak mnental ini orang..dah rompak pastu g dedah diri kat fb..memang menyenangkan keje polis je...

gnesop.com said... [Balas Komen Ini]

pengaruh FB kuat sgt.. status tu pun nak update..
kan dah kena tangkap :)

~Nur Zulaiha~ said... [Balas Komen Ini]

hahaha...

ini membuktikan... Fb sgat memainkan peranan penting... perompak pon nk layan gk...

amira said... [Balas Komen Ini]

kesian gak.. hurm.. terdesak beno nampaknya..

SweetyMui2 said... [Balas Komen Ini]

erkkk..biar betikkkkkkkkk

sweetie2010.blogspot said... [Balas Komen Ini]

Salam Asy,

apa punya perompak da...tapi bagus juga jujur dlm FB mengenai statusnya...ngak purak-purak dong...

Asyraf Hamasaki said... [Balas Komen Ini]

@ Cik Bucken - ~~" kecelaruan identiti lah haha

@ Nur ada kot :-)

@ Hisyam - da kalau terdesak redah je la kot

Asyraf Hamasaki said... [Balas Komen Ini]

@ AKU wanny - agak2 kalau dedah kat fb malaysia senang gak ke ~!~

@ Sop - hahaha dah orang kata sebati dah

@ Zulaiha - semua ada fb :-)

@ aMIRAH - Terdesak la kot

Asyraf Hamasaki said... [Balas Komen Ini]

@ mui - bukan betik dah ni mangga :-)

@ sweetie - ya ya jujur penting

ika said... [Balas Komen Ini]

ish2 . pelik2 la manusie ni !

Gayahspears said... [Balas Komen Ini]

ish!!! macam2 hal la skrng nih!! perompak tu bodo gak!!hahaha

sumpit said... [Balas Komen Ini]

mak ai... ada jugak perangai macam ni....


JEMPUT MELAWAT
LATIHAN MENYUMPIT

She is f.A.z.A said... [Balas Komen Ini]

nih jenis akal pendek,x berfikir sblom berbuat sesuatu... termasuk update status dlm fb.. omg, this person still exist on the earth ??

elmo blurb said... [Balas Komen Ini]

facebook mengganas! ehh silap. ngee~

Kie-yu said... [Balas Komen Ini]

bahaye!!!!
tp nk gak tepek muke sendirik kt fb
cmno tu?
hihihi

Post a Comment

 Online User