PENAJA - IKLAN BERBAYAR



Sila click pada ruang yang kosong atau Email Kepada BilaTintaBicara@gmail.com untuk maklumat lebih lanjut

7 Kakitangan Imigresen Di tahan Di bawah ISA

Seramai sembilan orang termasuk tujuh kakitangan Jabatan Imigresen ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 kerana disyaki terlibat dalam kegiatan penyeludupan manusia.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, kesemua sembilan individu termasuk dua warga asing itu ditahan secara berasingan sejak 10 Oktober lalu sehingga kelmarin.

“Kita percaya mereka terlibat dalam kegiatan yang boleh memudaratkan negara khususnya aktiviti penyeludupan dengan membawa masuk dan keluar warga asing dari negara ini,” katanya pada sidang akhbar di Bukit Aman semalam.

Difahamkan, dua daripada kakitangan Imigresen yang ditahan merupakan pegawai kanan jabatan itu termasuk seorang berpangkat Timbalan Penolong Pengarah.

Menurut Ismail, penahanan terhadap sembilan individu itu dibuat bagi membolehkan polis menjalankan siasatan terperinci sekali gus membongkar dan mengekang aktiviti sindiket terbabit.

Kerana nila setitik rosak
susu sebelanga
dengan masalah pati tak habis2 ni
ada je yang menanguk di air keruh
untuk kepentingan peribadi
tak gitu wok





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


2 Dakwat Tumpah:

Mrs. Q! said... [Balas Komen Ini]

i hate people who amek RASUAH!
gile annoying dan tak gune
huh
*emosi plak tibe2*

cikpia said... [Balas Komen Ini]

time aku apply imigresen dulu tak dapat..... nie dah kena tindakan 7 orang, nak kena apply balik ah.............. he he.........

Post a Comment

 Online User