PENAJA - IKLAN BERBAYAR
Anggota Polis Parah Dilanggar ketika mengejar Mat Remfit
Semalam ialah hari yang paling bermakna buat Cif Inspektor Mohd. Khairuzaini Mohd. Zain kerana pada hari berkenaan genap sembilan tahun dia berkhidmat sebagai pegawai polis selepas menyertai pasukan itu pada 1 Oktober 2001.
Bagaimanapun, Khairuzaini, 31, tidak sempat meraikannya apabila dia maut akibat terlibat dalam kemalangan ketika mengejar seorang pelesit rempit yang melakukan aksi bahaya di Jalan Dato Senu di sini kelmarin.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman berkata, dalam kejadian pada pukul 10.45 malam itu, mangsa bersama 10 anggota dari Balai Polis Trafik Jalan Bandar di sini membuat rondaan di kawasan lumba haram dengan menunggang motosikal seorang diri.
Ketika melakukan rondaan, Khairuzaini yang berpakaian preman ternampak seorang lelaki menunggang motosikal sambil melakukan aksi berbahaya.
Dia kemudian dikatakan berpecah daripada 10 anggota trafik lain dan bertindak mengejar pelesit rempit terbabit.
“Mangsa tercampak selepas motosikal Yamaha 125z yang ditungganginya bertembung dengan sebuah kereta yang keluar dari satu simpang di kawasan tersebut,” kata beliau ketika ditemui di tempat kejadian di sini malam kelmarin.
* Tinta Bicara sangat sudi dan suka hendak melihat bagaimana Majlis Peguam (Bar Council) Ahli2 folitik dan Juga NGO akan mengambil langkah bagi membela kematian Polis ini!!!
kalau dulu ada kes budak mati ketika di kejar polis mereka buat Press Confference (PC) Secara besar besaran menawarkan khidmat peguam malah bersama sama menyalah kan "SEBELAH" Pihak
jadi kali ini siapakah yang akan membela nasib Arwah dan juga Ahli keluarga Arwah?
*Tinta Bicara bukan ahli Folitik bukan penyokong mana mana fihak sekadar ingin berkongsi meluahkan rasa kecewa jika kes ini tidak ditangani segera Kerana mereka yang one step ahead dalam kes yang lepas semuanya berkeFentingan Feribadi !!! Dislik
* Teruskan lah kita berebut kuasa mengadu domba mengacau suasana di dalam Malaysia tercinta
anak bangsa kita di luar sana masih ramai yang perlukan pembelaan dan dibimbing. Sampai bila masalah remfit ini akan selesai?
*Pernah juga terlibat dalam aktiviti berkonvoi malam di kuala lumpur jadi sangat memahami gejolak jiwa dan raga Remaja remaja di luar sana...mereka adalah masa depan kita!
Sekadar Berkongsi Luahan Hati
AL-FATIHAH UTK ALLAYARHAM
Related Posts : Berita Semasa,
Isu-Isu Semasa,
Polis
Labels:
Berita Semasa,
Isu-Isu Semasa,
Polis
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Online User
5 Dakwat Tumpah:
Naizubillah.ape nye mat rempat da! baru sebulan insp tu berkhidmat.hurm.ajal maut di tangan Tuhan.Alfatihah buat arwah.
al-fatihah... (-_-)
psstt.. zyra dh dpt kad raye inchik.. tp since kad tu kt umah mak, xleh nk up lg entri, sbb xde gambo xbesh.. tggu ujung bln dpn laa ek... sowiee... (^_^)v
sedihla baca kes ni dekat metro tadi.anak2 arwah kecik2 lagi tp nasib baik isteri arwah bkerjaya.
alfatihah tuk arwah..smoga rohnya dcucuri RAHMAT
amin~~
bile polis tertembak masyarakat umum...semua menyalahkan polis...bile polis terkorban disebabkan masyarkat...semua diam...
manusia kn namanya. manusia mudah lupa.
alfatihah utk anggota polis yg meninggal demi menjaga keamanan negara
Post a Comment