PENAJA - IKLAN BERBAYAR



Sila click pada ruang yang kosong atau Email Kepada BilaTintaBicara@gmail.com untuk maklumat lebih lanjut

JEMPUTAN KE MAJLIS PERJUMPAAN BEKAS-BEKAS PELATIH PLKN PADA 09 OKTOBER 2010



Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa Pihak Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) akan mengadakan suatu majlis gilang-gemilang bersama Bekas Pelatih PLKN. Majlis ini adalah salah satu usaha untuk mengumpul dan mengembalikan nostalgia serta memori indah bekas pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) semasa menjalani latihan di Kem PLKN suatu ketika dahulu iaitu dari Siri 1/2004 sehinggalah Siri 7/2010.
Majlis ini akan diadakan seperti berikut:-

Tarikh : 9 Oktober 2010
Masa : 9 pagi hingga 4 petang
Lokasi : Semua Kem PLKN Seluruh Negara

Tujuan majlis ini dianjurkan adalah untuk merapatkan silaturrahim antara Pengurusan Kem, Jurulatih yang tidak mengenal jemu mendidik anak bangsa serta dapat bertemu dengan rakan-rakan yang sama-sama pernah menjalani latihan tanpa mengira bangsa dan agama.

Datanglah beramai-ramai ke majlis tersebut sama ada ke kem asal anda ataupun ke kem-kem PLKN yang berhampiran dengan rumah anda!! Mudah-mudahan kehadiran anda semua dapat memeriahkan lagi majlis ini.
Pelbagai program menarik dan cenderahati istimewa menanti anda!!

Perkhidmatan Bas JLKN juga disediakan untuk memberi kemudahan kepada Bekas-bekas Pelatih PLKN supaya dapat menghadirkan diri di majlis yang istimewa ini. Anda boleh melihat jadual dan tempat pick up point di laman sesawang www.1plkn.com & www.khidmatnegara.gov.my untuk maklumat lanjut.
Untuk pertanyaan, sila hubungi :
03 – 4027 4012 (JLKN)
03 – 4252 3022 (KOUPAY)
019 - 6177 897 (PERKHIDMATAN SMS)

Satu Hasrat
Satu Semangat
Satu Tekad




P/S BTB Akan Berada di kem pinggiran pelangi muadzam shah pahang :-) mengenang dan terkenang peristiwa lalu :-p



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


5 Dakwat Tumpah:

Misterious Yuyu said... [Balas Komen Ini]

wah btol kah? tp kem dlu kt ganu..skrg kt shah alam..:( mcm teringin jer nk reunion..

ika said... [Balas Komen Ini]

waw ! :D

billion chong said... [Balas Komen Ini]

looking for any PLKN gift or PLKN Alumni gift.Visit us at PLKNgift.blogspot.com

nUyUL~ said... [Balas Komen Ini]

aik?plkn kat pinggiran pelangi gak ke dulu?siri bape?sbb sy pon kat sane gak..tahun 2004

Anonymous said... [Balas Komen Ini]

ishh sy pun kt pggiran plggi gak 2004 siri 2....mgkin ad yg knal nme ustaz,,from kelantan....sape knal tlg msj kt 014 818 9997...nk erat silturrahim

Post a Comment

 Online User