PENAJA - IKLAN BERBAYAR



Sila click pada ruang yang kosong atau Email Kepada BilaTintaBicara@gmail.com untuk maklumat lebih lanjut

Simbah Cat Baling Botol Arak Kat Masjid =Denda je... ,Bakar Gereja?

Tiga remaja dijatuhi hukuman denda RM2,000 dan diarah menyertai bengkel pemulihan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri oleh Mahkamah Kanak-Kanak di sini semalam selepas didapati bersalah atas tuduhan melakukan perbuatan khianat membaling botol dan menyimbah cat di surau Taman Pulai Impian di sini Ogos lalu.

Keputusan itu dibuat Hakim M. Mageshwary ekoran pengakuan bersalah kesemua tertuduh berusia 16 hingga 18 tahun itu di mahkamah yang sama 27 Ogos lalu.

Mengikut fakta kes, kesemua tertuduh yang berusia 16 hingga 18 tahun itu dituduh dengan niat membaling botol di surau Taman Pulai Impian, Lorong 3 Taman Pulai Impian antara pukul 3 pagi hingga 4 pagi pada 23 Ogos lalu.

Dua daripada mereka turut dituduh dengan niat menyimbah cat di surau terbabit pada waktu dan tarikh yang sama.

Bagi pertuduhan membaling botol dan menyimbah cat itu kesemua tertuduh boleh dihukum di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan dibacakan bersama Seksyen 34 kanun yang sama.

Hukuman ke atas kesemua tertuduh dibuat mengikut Seksyen 93 (1)(b) Akta Kanak-Kanak 2001


Notakaki :-

ya sangat adil dan saksama
apakah yang Mereka dapat bila mereka bakar gereja?
lebih berat bukan?
Bukan tinta henda menjadi hakim dalam menjatuhkan hukuman
cuma sejak akhir akhir ini banyak hukuman yg diberikan di lihat sebagai berat sebelah
kes pengetua "rasist" katanya telah di ambil tindakan tatatertib, tapi namawee hanya boleh mintak maaf tanpa di kenakan apa apa, sudah muah suad jela melihat nasib bangsa yang tergadai di bumi sendiri
Orang politik? selagi tak ada kepentingan selagi tu la mereka tak akan ambil pusing
Masih ingat nasib Negeri Melaka di Masa yang lampau?> tak mustahil sejarah itu akan berulang
Buka Mata Buka Minda Buka Jiwa
Dari Meja Pejabat
TintaBicaraMelaporkan :-)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


5 Dakwat Tumpah:

Cik Tim said... [Balas Komen Ini]

hurmm..sekarang ni macam2 jadi. berat sebelah ke apa..semua tu tanggungjawab.. so, kalau dorang buat bnda secara xadil, nanti adalah padah yg bakal diterima.. huhu.. nau'zubillah..mnta dijauhkan perkara2 buruk menimpa kita semua.. amin. ;)

Unknown said... [Balas Komen Ini]

salam..tu laa..skg ni kalau kita cakap/tulih lebih2 asik kne bantai jerr...tp nampak sgt cam berat sebelah...nak jaga hati pun patut2 laaa....

Cikpuan Qiqi said... [Balas Komen Ini]

Bile maNe manusia jadi Hamba duIt...
Camtu le jadI bile tang keAdiLan..orang byk duiT terlepas sane sini..kite yg xbduit sbyk depa tu???

pk2 kn le...btol kate Asy...1 daY kalo xdjge, xmustahil sjarah ngra kta dirampas leh kembali lg..xmdoakn..tp pk2 kn la

ASSOYFINGER67 said... [Balas Komen Ini]

Salam....pemimpin hanya menjaga hati pengundi saja..ugama hanya hiasan bukan lagi pedoman...1 malaysia...apakah disebalik sebenarnya dan di manakah peranan Islam di situ...aku pun dah letih....

Afzainizam said... [Balas Komen Ini]

★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★
buat pembaca blog kami
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★

Salam kunjungan salam ziarah…. Thanks kerana berkongsi story pada kami. Salam sebuah persahabatan salam satu perkenalan dari blog kami... Moga kami mendapat maklum balas dan respont yang baik dari blog anda...

wahai si baju hijau... serikandi negara berjuanglahhh

Post a Comment

 Online User