PENAJA - IKLAN BERBAYAR



Sila click pada ruang yang kosong atau Email Kepada BilaTintaBicara@gmail.com untuk maklumat lebih lanjut

TRAGEDI BERDARAH - KEMALANGAN BAS LAGI

Tujuh maut manakala 38 cedera, 20 daripadanya parah selepas sebuah bas rombongan dari Kampung Baru, Mukim Siong, Baling, Kedah terbabas sebelum terbalik berhampiran terowong Genting Sempah, Kilometer 36, Lebuhraya Karak di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.15 malam itu, bas yang membawa 44 orang termasuk dua pemandu dalam perjalanan turun dari Genting Highlands ke Kuala Lumpur.

Ketua Polis Trafik Selangor, Superintendan Che Husin Omar berkata, siasatan awal mendapati punca kemalangan akibat kerosakan brek sebaik bas menuruni susur keluar ke lebuh raya.

Tujuh mangsa yang maut akibat tersepit dan mayat mereka dihantar ke Bilik Mayat Hospital Kuala Lumpur (HKL). Mangsa yang cedera pula dihantar ke Hospital Selayang dan Hospital Bentong dengan ambulans. Dua pemandu bas berkenaan juga terselamat,” katanya.

Enam mangsa yang terbunuh ialah Muhammad Yussof Akhit, 16; Muhammad Khairi Muhammad Marzuki, 14; Muhammad Firdaus Rosedi, 16; Mohd Ridzuan Husin, 17; Mohd Fahmi Abdul Mustaffa, 17 dan Muhamad Amirul Mohamad Isa, 13, dan Mohd Zaidi Mohd Sufian, 28.

Seorang lagi mangsa terbunuh dikatakan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital dan identitinya belum dikenal pasti.

Che Husin berkata, enam jentera bomba turut dipanggil bagi membantu mengeluarkan mangsa tersepit.

Sementara itu, Setiausaha Umno Baling, Mohamad Sani Mahmud berkata, rombongan itu ke Genting Highlands bercuti. Mereka bertolak dari Baling malam kelmarin dan ketika kejadian dalam perjalanan pulang.

Katanya, mereka dipilih di kalangan penduduk berusia 20-an untuk bercuti.

“Kami terkejut kejadian itu dan kini menguruskan jenazah untuk dibawa ke Baling bagi dikebumikan,” katanya

Bila Tinta Bicara - Seperti Biasa mulalah semua pihak akan menuding jari atara satu sama lain
mula lah nak hadkan kelajuan bas itu dan ini
mula la nak salahkan penyelengaraan bas
mula la nak semak data pemandu dengan jpj atau polis
waran tangkap atau saman?
mula la nak salahkan jalan yang tak betul
Sudah terhantuk baru tergadah adalah prinsip orang Malaysia bekerja
kan? jadi sampai bila agaknya kes ini akan berlanjutan?
Mungkin sampai ANAK MENTERI yang terkena agaknya atau ada MENTERI yang di langgar
selepas sesebuah bas itu terbabas.........
Persoalanya kini sampai bila rakyat mampu bertahan...

AL-FATIHAH.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


7 Dakwat Tumpah:

Miss Fairladyjim said... [Balas Komen Ini]

Miss Jim takut nak pergi naik genting even tinggal kat sempadan karak...sebab ada ustaz cakap kat atas tue banyak maksiat, jadi kalau Allah nak turunkan bala bukan kat org yang buat maksiat jer kena, tapi org yang ada disekitarnya juga akan kena even seorg yang baik..so better tak perlu pergi,lagipun kat bawah ni banyak jer lagi tempat yang best..:)

mia said... [Balas Komen Ini]

al fatihah utk smua.driver selamat la nk mnjwab ek...

Bukan Gadis Comel said... [Balas Komen Ini]

takutnya. dah la balik cuti ni nak naik bas. ermm.. =(

chairooL ruLez said... [Balas Komen Ini]

malang tak berbau..tp driver bas slalu nye ade bau2 ckit klu yg wreckless driver type nih...bau toodyyyy sajaaa....

Tomato Gurl's Life said... [Balas Komen Ini]

takziah dan al-fatihah kpd keluarga dan mangsa kemalangan~

gigi rongak said... [Balas Komen Ini]

al-fatihah pada mangsa kemalangan

FIFIEY LYCHEE MARATION said... [Balas Komen Ini]

doa supaya mangsa kemalangan jiwa dicucuri rahmat-Nya. al fatihah.

Post a Comment

 Online User