PENAJA - IKLAN BERBAYAR



Sila click pada ruang yang kosong atau Email Kepada BilaTintaBicara@gmail.com untuk maklumat lebih lanjut

Tazkirah Jumaat -Sujud Syukur




Assalamualaikum semakin segar kita dengan kemenangan oleh pasukan kebangsaan Malaysia menjulang piala suzuki AFF di hari rabu yang lepas hari ni Najib isytihar cuti tapi sayang company aku tak release cuti kami masih perlu attend stock take iaitu exercise yg dilakukan oleh auditor setiap hujung tahun bagi setiap client kami :-).

Jadi bagaimanakah cara kita menyambut kemenangan Pasukan Kebangsaan Kita?
dengan minom todi kah? dengan bergelak gelika kah? dengan nyanyian kah ataupun dengan pancara laser kah?

Sesungguhnya Islam itu cukup indah dan cukup bagi melengkapi segenap aspek dalam kehidupan harian umatnya dalam Islam di anjurkan beberapa cara bagi menyambut berita gembira termasuklah tahun baru ke kemenangan ke dapat anak ke menang pilihan raya ke dan berbagai bagai lagi.

Antara caranya adalah dengan BERSUJUD SYUKUR...

Dari Abu Bakar r.a bahawa; “Nabi Muhammad SAW biasanya apabila menerima berita yang mengembirakan Baginda terus sujud kepada Allah”. (Ahmad)

Apabila mendapat sesuatu nikmat yang meliputi sebarang perkara yang baik dan mengembirakan sunat kita melakukan sujud syukur. Sujud ini juga sunat dikerjakan apabila kita melihat sesuatu bala bencana dan kita diselamatkan daripadanya. Cara melakukan sujud syukur itu ialah dengan sujud sekali sahaja dan dilakukan di luar sembahyang.

Rukun Sujud Syukur :

1.Berdiri atau duduk
2.Takbiiratul ihraam
3.Niyat dalam takbir tu
4.Sujud satu kali dan tomaniinah, tasbih semasa itu sunat
5.Duduk
6.Salam

Jumhur ulama berpendapat bahawa sujud syukur itu adalah sunat berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abdur Rahman bin Auf katanya yang maksudnya :
“Sewaktu Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam keluar menuju ke dalam bangunan-bangunan tinggi lalu memasukinya. Kemudian Baginda menghadap kiblat dan sujud, dan memanjangkan sujud Baginda. Kemudian Baginda mengangkat kepalanya seraya bersabda: “Sesungguhnya Jibril mendatangiku dan memberi khabar gembira kepadaku. Jibril berkata:“Sesungguhnya Allah mengatakan kepada engkau: “Siapa yang memberi selawat ke atas engkau Aku akan memberi selawat kepadanya dan siapa yang memberi salam kepada engkau, Aku akan memberi salam kepadanya” Lalu saya bersujud sebagai tanda syukur kepada Allah”.
(Hadis riwayat Imam Ahmad)

Bacaan Sujud Syukur

سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَلاَ ِإَلهَ إِلاَّ اللهِ وَاللهُ أَكْبَرُ. رَبَّنَا أَتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةَ وَفِى اْلاَخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. اَلَّلهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى أَلِهِ وَصَحْبِهِز

Ertinya

Maha suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada tuhan selain Allah dan Allah maha besar. Ya tuhan kami, berilah kami kebahagiaan didunia dan akhirat, dan peliharalah kami dari siksa api neraka. Ya Allah, semoga selawat senantiasa tercurahkan atas Nabi Muhammad saw, keluarga dan para sahabat

:-) Mudah dan Senang Bukan
Jom amalkan bersama sama (termasuk lah orang yang menyediakan entry ini) :-)
Barakallah



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


4 Dakwat Tumpah:

Anonymous said... [Balas Komen Ini]

oh thx. lama tak buat lupa dah rukun dia..

Anonymous said... [Balas Komen Ini]

salam Asyraf..
terima kasih bagi entri peringatan ni...

dayah said... [Balas Komen Ini]

thanks sharing. sujud syukur jugak :) tak cuti rpnya ea. slmt hari jumaat :)

Dhiaqiud said... [Balas Komen Ini]

Syukur..Alhamdulillah...tidak lupe bsyukur atas kemenangan pasukan bola sepak Malaysia kita..

Post a Comment

 Online User