PENAJA - IKLAN BERBAYAR



Sila click pada ruang yang kosong atau Email Kepada BilaTintaBicara@gmail.com untuk maklumat lebih lanjut

Isu Laungan Azan - Pada Hemah Saya...



Pihak pengurusan Majid Al-Ikhlasiah, Kampung Kerinchi mengambil pendekatan memperlahankan bunyi pembesar suara ketika laungan azan termasuk ketika solat Jumaat, ekoran aduan seorang peguam bukan Islam yang mendakwa bunyi solat di masjid itu "amat lantang".

Ketua imam masjid berkenaan Mahadi Abdullah berkata pihaknya mengurangkan kadar laungan azan itu selepas mengadakan perbincangan dengan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akhir Disember lalu.

"Selepas berjumpa dengan JAWI, kita memperlahankan sedikit laungan azan (pembesar suara) pada setiap waktu solat.

NONE"Ketika khutbah Jumaat, kita menggunakan pembesar suara dalam dewan solat sahaja," katanya ketika ditemui Malaysiakini petang ini.




Begitulah apa yg terjadi selepas surat aduan daripada peguam itu bocor ke tangan media media alternatif. Semuanya akan di polimikkan demi kepentingan perbadi.

Harus di ingatkan bahawa aku juga seorang yang berbangsa Melayu dan Beragama Islam. Jadi aku harap sedikit lontaran ini dapat mencambah sedikit demi sedikit buah fikiran kita supaya tidak terlalu jumud dalam melihat kepada sesuatu perkara.

Walaupun Islam adalah agama Rasmi di negara kita perlembagaan kita menjamin kebebasan beragama bagi mereka yg tidak menganuti agama islam seperti mana perlembagaan madinah yang mana kaum qafir quraisy itu di berik kebebesan utk mengamalkan ajaran mereka

Antara persoalan yang ingin di lontarkan di sini adalah bagaimana surat yang dikategorikan sebagai rasmi dan sulit boleh bocor ke tengan pihak yang tidak berkenaaan adakah pihak kerajaan sengaja membocorkan bagi memeudahkan kerja (dengan campur tangan emosi rakyat) ataupun ada anasir yang sedang bermain api melaga lagakan rakyat malaysia yang berbilang kaum serta di kenali dunia menghormati antara satu sama lain.

Berbalik kepada laungan azan tadi, adakah benar dengan hanya menguatkan speaker sahaja dapat mengejutkan umat islam untuk solat subuh? pernahkah mereka membaca sirah nabi di mana pada masuk waktu solat seorang sahabat nabi meminta izin nabi bagi mengantikan billal bin rabbah utk melaungkan azan. Dengan merdu dan lantang sekali lanunan azan itu, tetapi selepas solat jemaah itu selesai malaikat turun dari langit bertanyakan kepada rasulullah kenapa mereka tidak mendengar azan? walhal jemaah di sana semua memuji alunan suara sahabat yang melaungkan azan itu?
Di sini secara kolektifnya kita melihat keikhlasan dan niat kerana Allah itu adalah penting walaupun dengan laungan azan " yang sedikit" diperlahankan itu mendapat berkat dari Allah maka umat islam di kawasan itu InsyAllah pasti akan terdengar bukan?

Bukankah perkara wajib nya adalah menunaikan solat? kenapa tidak itu yang dititik beratkan di dalam isu terbabit? berapa ramai pulak amik inisiatif sendiri utk bagun dan solat subuh? berapa kerat pulak orang yang berjemaah kat surau tu? kan ke semua ni lebih berat dari isu yg dilaungkan "volume" laungan azan?

Beliau (peguam ) itu mempunyai hak untuk menyuarakan pendapat beliau , (kita) umat islam pula juga mempunyai hak untuk menjawab segala persoalan yg dilontarkan mereka kerana terus terang dah mereka memang tiada kefahaman mengenai agama kita? kenapa tidak di ambil peluang ini utk berdakwah secara tidak langsung? daripada terus mengikut gendang yang di palu anasir anasir yang memang mahu melihat kita bergaduh sesama kita (rakyat malaysia)

Kepada Majlis Ayahnda, anaknda adalah ahli berbaiah,anaknda hairan mengapa ayahnda melancarkan protes di situ, kenapa tidak di ambil peluang berdakwah kepada mereka seperti mana yg kita laungkan di dalam selogan kita ......anaknda ini kecil tidak pula suara ini boleh di bawa ke majlis ayahnda,tetapi selalu orang yg lebih tua dan telah banyak makan garam,sepatutnya ayahnda2 sekalian berfikiran secara rasional...
tak perlulah melatah apabila kita dicuit sedikit? Bukan kah akan ada pihak yg gembira melihat kita dari jauh terjerit jerit di tengah panas atas nama menegakkan keadilan? sedangkan? isu pokoknya tidak di tangani....ia juga secara tidak langsung akan menyembabkan bangsa lain takut,utk mendekati Islam dan memhami ajaran Islam itu sendiri....

Bukankah bersepah lagi anak anak melayu kita yang bergelimpangan di kelab kelab malam pada hari minggu,bergelimpangan mengelupur kemalangan di jalan raya akibat jatuh dari sekatan jalan raya? berlumuran darah di belakang lorong haji taib akibat suntikan yang tidak selamat.....kenapa dipandang enteng perkara perkara ini? ataupun tiada nilai komersial untuk di bangkitkan....

Sekadar berkongsi pendapat
Bila Tinta Bicara tinggalkan kalian dengan sedikit tips utk solat subuh :-)




 P/s eh senarai pemenang teka teki minggu ni belum lagikan nantikan k :-)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


9 Dakwat Tumpah:

Anonymous said... [Balas Komen Ini]

pendapat yg bernas!
mula-mula nk bantah gak nape jabatan agama stuju sdgkan islam agma rsmi M'sia, tp bce lgi..oo, keikhlasan tu lbih penting. Semoga org rmai leh tgk dr sudut positif & elakkan dr hnya memprotes hingga mwjudkn persengketaan. :)
nite!!

chesakinah said... [Balas Komen Ini]

speaker masjid tu bunyi cemane? kalau bunyi macam mesjid negara tu okey la.. tak la kuat mana... hrmm.. tp kalau kuat dari tu.. saya setuju dngan pandangan awak.. peguam tu suruh perlahankan ja bukan dia menghalang mesjid tu dari azan.
semoga kita x mudah melatah. :)

Mr. BLB said... [Balas Komen Ini]

nice entry, dalam Perlembagaan Persekutuan mana2 agama bebas mengamalkan agamanya di negara ini, pada pandangan saya laungan azan kuat atau tidak tidak menjadi satu masalah, tetapi mungkin disebabkan beberapa faktor demi menjaga kemashlahatan mungkin ada sebabnya JAWI bersetuju berbuat demikian.

Mawar Merah said... [Balas Komen Ini]

Masjid Kerinchi? Kuat sgt ke laungan azannye? Sy slalu dgr biase je. (^.^)

AzianKhalil said... [Balas Komen Ini]

speaker karoke majlis kawen bukan main dumdam dumdam lagi..konsert lagi...takde plak yg pertikaikan

ijat_asni said... [Balas Komen Ini]

time kasih sebab sudi singgah
jemput la datang lagi
^___________________^

http://ijatasni.blogspot.com

Cikgu Nurin said... [Balas Komen Ini]

Saya selalu juga g Kerinci sekitar masjid tu ke rumah mak saudara, mmg tak adalah sampai melaung laung kuatnya...entahla...saya pun tak faham,mengapa kalau soal Islam saja,orang lain cepat melenting. Bukan nak menimbulkan isu perkauman di sini, tapi kalau sesiapa di antara kita yang pernah tinggal di kejiranan masyarakat yang menimbulkan isu ini, akan tau bunyi dentingan loceng waktu sembahyang mereka...sama kuat...tapi tak ada siapa pun yang bersuara, begitu juga waktu azan kuat dilaungkan,mereka tidak membantah pun. Cuma sekarang,kelihatan masyarakat majmuk di negara kita kian menjadi kucar kacir, telah tidak lagi harmoni. Di mana silapnya?

kaizen shinobi said... [Balas Komen Ini]

setuju....

sangat2 setuju....

macam ada konspirasi disebalik kejadian...

Dzu Aamal said... [Balas Komen Ini]

betol ..
kiter duduk kat msyrkt mjmuk niey kena la saling tolak ansur ..
azan biar ikhlas ..
yg pnting solat :)

Post a Comment

 Online User