PENAJA - IKLAN BERBAYAR



Sila click pada ruang yang kosong atau Email Kepada BilaTintaBicara@gmail.com untuk maklumat lebih lanjut

Tazkirah Jumaat - Dosa Sesama Manusia


Dari Abu Hurairah ra, Nabi saw bersabda: "Siapa yang merasa pernah berbuat aniaya kepada saudaranya, baik berupa kehormatan badan atau harta atau lain-lainnya, hendaknya segera meminta halal (maaf) darinya, sebelum datang suatu hari yang tiada harta dan dinar atau dirham, jika dia punya amal saleh, maka akan diambil menurut penganiayaannya, dan jika tidak mempunyai hasanah (kebaikan), maka diambilkan dari kejahatan orang yang dianiaya itu untuk ditanggungkan kepadanya." (H.R. Bukhari-Muslim)


Salam hari jumaat yang di mulakan dengan petikan hadis. Kita ni masih belum sempurna....jadi sebelum mengkritik kita kena lihat pada insaniah diri ini. Eh bukan bermakna kita nampak kejahatan kita harus biarkan sahaja jangan lupa ada 3 cara yang boleh kita amalkan

Yang pertama kita boleh tegur dengan perbuatan kalau kita berkuasa....

kalau tak ada kuasa yang kuat cukuplah sekadar nasihat dan yang paling lemah sekali
adalah
cukuplah dengan hanya berdoa di dalam hati kan ....

Jadi apa kata kita ambil inisiatif bermaaf maafan di antara kita kalau ada salah dan silap bukannya harus disimpan di dalam hati kan? bukanya nak tunggu hari raya baru nak salam 0-0 katanya.....dengan memaafkan orang lain tidur malam kita akan menjadi lebih lena hidup juga akan lebih tenang.....

Kalau berdosa dengan Allah kita boleh mintak keampunan dariNYA tapi kalau dengan manusia.....hrmm beringat ingatlah sebelum kena. Kepada yang berdendam ingatlah bahawa setiap dendam dan amarah di dalam hati itu adalah ibarat mengetuk paku di sebuah papan (paku itu ibarah kemarahan) kalau di cabut paku itu pada papan maka pasti akan ada kesan yang tinggal ( kesan itu adalah kesah di dalam hati kita kerana perasaan marah itu)



Oleh itu ingatlah bahawa kemaafan itu adalah dendam terindah
dan yang paling penting adalah bagaimana kita memaafkan diri sendiri :-)

Jom tidur



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


1 Dakwat Tumpah:

Gayahspears said... [Balas Komen Ini]

setuju... tak baik berdendam sesama masyarakat...

Post a Comment

 Online User