PENAJA - IKLAN BERBAYAR



Sila click pada ruang yang kosong atau Email Kepada BilaTintaBicara@gmail.com untuk maklumat lebih lanjut

Fuh Hebat...




Polis di wilayah Midlands diberi pinjam sebuah kereta Lotus Evora yang berharga £50,000 (RM240,526) dan boleh memecut dari 0 hingga 96.56 kilometer sejam (km/j) berdasarkan meter kelajuan dalam tempoh kurang lima saat, lapor sebuah akhbar semalam.

Kereta itu diberi pinjam selama dua minggu untuk pasukan polis yang meronda di lebuh raya di Midlands Barat.

Seorang anggota polis, Angus Nairn berkata: "Ia merupakan sebuah kereta yang laju dan kami berharap untuk membuktikan akan terdapat satu halangan yang berkesan bagi sesiapa yang memikirkan mahu memandu dengan laju atau cuba memandu lebih laju daripada kami."

Menurutnya, kereta itu mempunyai prestasi yang mengagumkan.

Kereta keluaran syarikat Lotus yang kini dimiliki oleh syarikat Proton dari Malaysia itu menggunakan enjin 3.5 liter V6. - Agensi






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


0 Dakwat Tumpah:

Post a Comment

 Online User