PENAJA - IKLAN BERBAYAR
45,000 Pekerja Asing AKAN di bawa masuk -Terpaksa Kata Menteri
KECEWA itu adalah ungkapan yang paling ringkas aku boleh huraikan merujuk kepada
kenyataan Seorang Menteri Bahawa MALAYSIA terPAKSA mengimport masuk pekerja asing bagi menampung kekosongan peluang pekerjaan...
"Kerajaan terpaksa benarkan 45,000 pekerja dari India: Subramaniam
2011/03/01
KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak mempunyai pilihan selain mengambil pekerja asing bagi menampung kekurangan tenaga kerja dalam 13 sektor di negara ini, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S Subramaniam.
Beliau berkata, sektor berkaitan telah cuba mendapatkan pekerja tempatan, namun belum cukup untuk menampung keperluan semasa.
"Dasar kerajaan adalah untuk mengurangkan (tenaga kerja asing), tapi kalau di mana situasi menunjukkan tidak ada pekerja tempatan, dan ini telah dibuktikan setelah dicuba, kita tetap kena luluskan pekerja asing. "
Sumber Berita Harian Online
Tetapi agak menjanggalkan kenyataan PAK MENTERI ITU DIbuat tidak selari dengan perangkaan yang dikeluarkan oleh Laman Web Rasmi Jabatan Perangkaan Malaysia
Nah lihat statistik semasa bertarikh December 2010 bukankah lebih dari mencukupi? apakah istilah terpaksa itu signifikan atau ada niat di sebalik pengambilan itu?
Masih ramai lagi Melayu India Cina yang menganggur dan memerlukan pekerjaan. Usah berdolak dalih dengan mengatakan pekerja tempatan manja pemalas dan berbagai lagi sedangkan realiti pekerja bawahan tenaganya di perah habis habisan gajinya tidak sepadan? dengan kos sara hidup yang meningkat TENTULAH pengunaan tenaga buruh asing itu lagi signifikan . Dibayar Rendah boleh berkerja Lebih Masa Boleh di sumbat di asrama seperti ayam ke dalam reban tiada kemudahan perlindungan dan berbagai lagi...
Penah terjadi pekerja tempatan melaporkan ke media yang mana mereka sengaja di tekan semata untuk di buang kerja...malah warga asing ini di bayar lebih tinggi dari mereka sebagai perang psikologi menyahkan mereka dari tempat bekerja? apakah itu adil?
Kita sudahpun mengalami masalah lebihan tenaga buruh sehingga mana perkampungan NEGRO INDON MYANMAR FILIPHINA (sebagai contoh) ada di mana mana sahaja bukalah mata lihat di chowkit siapakah yang menguasai perniagaan di situ? adakah penguatkuasa buta? ataupun kenyang di suap? lihat lah di pasar malam berapa kerat kah anak tempatan yang diberikan ruang dan peluang untuk berniaga sedangkan warga asing ini di manja dengan pelbagai keistimewaan lebih tragis lagi apabila di ajukan kepada PBT atau pihak berkenaan "Tiada Report di buat kami tidak boleh ambil tindakan" Hebat bukan? bila di adukan kelak butir butir pengadu di dedahkan pula kepada orang yang di laporkan bukan? itulah fakta....mereka yang pernah meniaga seperti aku pasti tahu!
Wahai pak menteri turun turun lah ke padang jangan selesa sangat dengan kerusi empuk di atas kerana bila bila masa kita semua boleh jatuh terduduk ke lantai....Jangan Sampai Rakyat Meluahkan emosi dengan cara yang tidak disenangi oleh kerjaan Malaysia....
Related Posts : Limpahan Pendatang,
Pekerja Asing,
Pihak Berkuasa Tempatan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Online User
1 Dakwat Tumpah:
emmm makin meriah lah negara kita nampaknya...nasib laa...
Post a Comment