PENAJA - IKLAN BERBAYAR



Sila click pada ruang yang kosong atau Email Kepada BilaTintaBicara@gmail.com untuk maklumat lebih lanjut

EARTH HOUR 2011 - MALAYSIA

WWF Official Logo
Assalamualaikum :-)

Sekali lagi acara yang di sebut jam untuk bumi( (direct translation)
bagi tahun 2011 akan diadakan. Sebagai penduduk bumi sebenarnya masih banyak lagi cara bagi kita menghargai bumi kita,bumi yang akan diduduki oleh pewaris pewaris kita,
namun semakin kita sedar adalah terlewat bagi melakukan sesuatu apabila,
suhu bumi terlalu panas lantaran penapis semula jadi ( lapisan ozon) semakin nipis dengan gejala yang kurang sihat

Seperti mana yang pernah tercatat dalam riwayah kisah kisah anbiya di mana seorang itu telah berjumpa dengan orang tua ( lantas Nabi berkata itu adalah usia dunia) yang membawa maksud kita ini adalah hampir dalam golongan akhir zaman,

Semakin banyak jugalah bencana bencana alam yang akan datang menjengah bumi akibat dari ruangan yang semakin sempit dan semakin tidak stabil, oleh itu sebuah pertubuhan dari luar negara telah mengasaskan hari jam untuk bumi bermula dair Melbourne dan kini mula di terima di serata dunia
Earth Hour Malaysia


Apa yang boleh anda lakukan? mudah

Pada jam 8.30 hari sabtu bertarikh 26 March 2011 berikan sedikit sumbangan dengan hanya mematikan lampu atau apa apa sumber yang mengunakan eletrik selama satu jam
mudah bukan? ah bukan ada saja yang ingin menghiris dengan kata kata "alahai sejam je apa lu boleh buat der takde function pun" sekurang kurangnya kita mencurah juga bukan? dan perbuatan ini akan di ikuti oleh seluruh penduduk dunia kan besar kesanya sejam yang sungguh beharga :-)

KLCC 

Di samping itu anda boleh juga mendaftar di wwf.org.my dan menyertai "Live Green : One switch at a time"

Aku dah pun dapat baju earth hour untuk tahun lepas tahun ini tidak pasti lagi :-) tapi orang kata seloknya dengan tangan kanan biarlah tangan kiri tidak mengerti bukan

selain itu kitar semula,pengunaan barangan yang boleh di kitar semula,dan juga pengurangan kadar asap di jalanan (rokok ke kereta bagai ke) juga adalah sedikit contoh sumbangan yang boleh kita buat.. bagaimana? tepuk dada tannyalah diri

Ayuh hulurkan tangan kepada aktiviti sukarelawan yang terbesar dunia ini matikan lampu anda sebagai tanda sokongan ( awas dengan orang tidak dikenali ketika gelap) semoga ia akan terus merintis program yang lebih signifikan bagi memulihara bumi yang tercinta ini

(entry ini bukanlah entry berbayar boleh tak :-) )



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


2 Dakwat Tumpah:

CahayaCintaIlahi said... [Balas Komen Ini]

lets join huhu ;)

Nadhirah AR said... [Balas Komen Ini]

saya selalu sambut . kalau dia buat tiap2 bulan pun takpe jugak kan ? lagi banyak save .... huhu ....

Post a Comment

 Online User