PENAJA - IKLAN BERBAYAR



Sila click pada ruang yang kosong atau Email Kepada BilaTintaBicara@gmail.com untuk maklumat lebih lanjut

Penghargaan : Kasih Sayang dan Pengorbanan Mereka



Di sebuah menara kolongmerat terkenal di ibukota.... seorang anak muda yang baru sahaja menamatkan pengajian dengan kepujian cemerlang telah datang untuk menghadiri satu temuduga bagi jawatan di syarikat tersebut, wajah yang mulus, tangan yang licin, muka yang suci ah mungkin masih mentah bagi menghadapi dunia yang kejam di luar sana.




Lantas apabila nama di panggil pemuda itu masuk ke bilik penemuduga dengan harapan yang mengunung,
setelah ahli panel penemuduga meniliti kandungan resume pemuda tersebut panel itu mengajukan beberapa soalan kepada pemuda tersebut...

Panel : Adakah anda memegang mana mana biasisiswa ataupun membuat pinjaman bagi melanjutkan pelajaran

Pemuda : Tidak

Panel : Adakah ini bermakna orang tua kamu yang menangggung segala kos pengajian dan sara hidup kamu ketika kamu melanjutkan pelajaran

Pemuda : Ya

Panel : Apakah pekerjaan ibu kamu?

Pemuda : Seorang yang mengambil upah mencuci pakaian, tuan.

Lantas panel meminta izin bagi melihat tapak tangan pemuda tersebut... sungguh licin dan bersih jadi panel itu terus bertanya adakah kamu tidak pernah membantu ibu kamu dalam tugasan harian beliau. Dengan nafas yang menghela pemuda itu mejawab, "Tidak tuan setiap kali saya ingin menghulurkan tangan Ibu akan memarahi saya dan mengarahkan saya supaya masuk kedalam bilik untuk menelaah pelajaran dan mendapatkan tidur yang mencukupi.

Baiklah saya mahu kamu balik ke rumah untuk membantu ibu kamu mencuci pakaian dan kembali ke sini pada ke-esokan harinya. Dengan hati yang teruja kerana menyangka peluangnya cerah pemuda itu pulang ke rumah untuk melaksanakan tanggungjawab yang di arahkan oleh panel penemuduga itu

Dirumah pemuda itu tadi beria ia untuk membantu ibunya, sambil itu pemuda itu mahu melihat telapak tangan ibunya...dengan perasaan gembira dan sedikit takut ibunya menghulurkan tanganya bagi di pegang oleh anaknya....

Alangkah terkejutnya si anak melihat kesan calar,luka lama di tangan ibunya,sungguh teruk air mata pemuda itu menitis jatuh, dengan perlahan lahan dia memeluk ibunya lantas mengambil baki pakaian yang hendak di cuci lantas dibersikah menggantikan ibunya... Inilah kali pertama beliau tersentuh kerana dengan tangan itulah yuran persekolahan, yuran pengajian dan kos sara hidupnya di berikan oleh ibunya ...

Pada ke-esokkan harinya dengan mata yang lebam kerana air mata yang tidak berhenti menangis pemuda itu hadir untuk temuduga pusingan ke dua.... lantas panel bertanya apakah yang telah dilakukan oleh pemuda itu dalam masa semalaman.... setelah menghabiskan cerita... Panel itu bertanya pelajaran yang baru sahaja di perolehi oleh pemuda itu yang tidak diperoleh selamat bertahun tahun di merana gading...

Pemuda : Tuan.... tanpa ibu siapalah saya hari ini tuan...sesungguhnya sungguh susah bagi ibu saya mencari wang bagi menampung perbelanjaan saya, syukurlah hari ini saya masih berpeluang untuk membalas jasa mereka..

Sambil menghela nafas panel itu berkata.... itulah yang kami cari pada calon yang ingin berkhidmat kepada kami..... Mereka yang menghargai teman sekerja yang sedar bahawa tanggungjawab itu adalah besar untuk dipikul dan tidak dihanyutkan kebongkan dengan segulung ijazah yang mereka perolehi

Tahniah anda dipilih

Lantas air mata pemuda itu berjurai jatuh buat kesekalian kalinya....




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


4 Dakwat Tumpah:

ikajahas said... [Balas Komen Ini]

mak byk bersusah pyh tok besa kn anak nye

emieysandra said... [Balas Komen Ini]

betapa besarnye pengorbanan seorang ibu. thanx, cerita ni mmberi byk pengajaran, asy buat sndiri ke? menarik.

ღSya said... [Balas Komen Ini]

best sgt2 cite nie...
sebak ase nye biler bace... :(

tehr said... [Balas Komen Ini]

kasihnya ibu...
membawa ke syurga...

Post a Comment

 Online User