PENAJA - IKLAN BERBAYAR



Sila click pada ruang yang kosong atau Email Kepada BilaTintaBicara@gmail.com untuk maklumat lebih lanjut

Itulah Seorang Guru




Hari ini, Seorang Perdana Menteri...
Hari ini, Seorang Ahli Perniagaan Terkemuka...
Hari ini, Seorang Ahli Muzik, Penjawat Awam, Pekerja Swasta..
Hari ini, Seorang Manusia...
Datangnya dari hasil dan titik peluh seorang Guru
yang mengajar bermula dari Huruf yang paling Asas,
yang Mengajar bermula dari Nombor yang paling Asas
"A,B,C, Alif Ba Ta, Satu Dua Dan Tiga.
Itulah Seorang Guru..

Jeritan Suaranya Menusuk ke Sanubari,
Kesakitan rotan panjangnya masih teringat di jari jemari,
Lemparan Pemadam papan hitamnya masih berbekas di dahi,
Bekas habuk kapurnya masih terconteng di pipi,
Namun niatnya hanya satu di hati
Menjadikan Manusia itu "Seperti" Seorang Manusia...
Itulah Seorang Guru

Senyuman Paginya masih teringat di hati,
Renungan Matanya masih terbenam di hati
Namun Nasihatnya yang masih terkenang di hati..
Itulah seorang Guru

Hari demi Hari mereka tempuhi tanpa sedikit pun mengenal erti,
berputus asa jauh sekali menarik diri,
berpuluh muridnya beribu ragamnya,
Kereta di calar lumrah hidupnya
Nama di conteng di diding tandas mainan hidupnya
Namun tidak sedikitpun dendam itu di simpan di hati
Itulah Seorang Guru

Terus Membakar diri sendiri
Untuk menerangi kami yang dangkal di siang hari
Terus tegak berdiri mengajar kami,
Untuk kami yang lupa dan tak kenal Diri,
Itulah Seorang Guru..

Walau Cahanya semakin pudar,
Gelaran Cikgu di bawa kesana sini
Walau perginya bertandakan Nisan,
Namun Ilmunya tetap mekar di Hati Kami
Itulah Seorang Guru..





Terima Kasih cikgu
SKPJ
SMKPJ
Institut Profesional Baitulmal,
Segi College
University of Greenwich

- Selamat Hari Guru Cikgu-






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


11 Dakwat Tumpah:

emieysandra said... [Balas Komen Ini]

nice!!!

sy pun SKPJ dulu..kt Kelantan :)

zEri sAfEerA said... [Balas Komen Ini]

:)

iryns said... [Balas Komen Ini]

wah...like it!
selamat hari guru utk semua guru2 warga Malaysia

aNa d'sKoDenG said... [Balas Komen Ini]

wahhh..syahdunyaaa

amir aizat said... [Balas Komen Ini]

thums up!

Aidilx said... [Balas Komen Ini]

Terima kasih. Sebagai salah seorang guru di Malaysia, tiada yang lebih bernilai atau berharga selain melihat anak didiknya berjaya menjadi insan yang berguna di dunia & akhirat kelak.

sugar2 kapas strawberry said... [Balas Komen Ini]

dulu guru disanjung..tetapi skarang?nk jadi cikgu pon takut..tp guru byk pengorbanan..itu sy sgt2 admit

cik @iEn said... [Balas Komen Ini]

superb!!
tiba2 rase terharu.. hehe..

moga mampu jadi cikgu yang ikhlas berbakti untuk agama, bangsa dan negara.. insyaAllah...

Siti Nadzirah Zakariah said... [Balas Komen Ini]

cikgu inspirasi kami !!

cikida said... [Balas Komen Ini]

yeahh,,selamat hari guru,.nice entry !! i like !..=)

tehr said... [Balas Komen Ini]

kita semua adalah guru
selamat hari guru

Post a Comment

 Online User