PENAJA - IKLAN BERBAYAR



Sila click pada ruang yang kosong atau Email Kepada BilaTintaBicara@gmail.com untuk maklumat lebih lanjut

Kembali!


Kadang kala, kita mungkin tergelincir di pertengahan jalan sepanjang kita menongkah arus kehidupan.Kadang kala kita harus melepaskan sesuatu untuk mendapat yang lebih baik.Kadangkala kita terlepas apa yang ada di tangan dan terlepas juga perkara yang kita dambakan.Begitulah kehidupan.


Demi survival di tempat yang penuh cabaran, aku pernah memilih melepaskan niat menulis bagi mengejar cita cita,impian dan juga masa depan.Tapi bila di renung kembali aku merasakan tak salah jika kita cuba mengimbangi antara karier dan juga "hobi:" jadi aku memilih untuk menulis semula.


Dalam karier kadang kala kita terkhilaf dalam membuat keputusan. Samada perkara yang betul atau salah tiada yang termaktub kerana semuanya bergantung kepada situasi semasa.Dalam penulisan kita akan berada di persimpangan untuk memilih perkara mana yang patut kita kongsikan, personalkah,lucah kah dan sebagainya. Pernah satu ketika aku melihat penulisan lucah itu mungkin keyword bagi menarik pembaca,kerana kebanyakan wanita(tidak kesemuanya) suka memberikan komen kepada penulisan sebegitu.Tapi bila difikirkan pula aku hanya ingin berkongsi sesuatu yang menarik. Dilema.

Kalau di ambil perhatian, kebanyakan rakan rakan maya aku dari masa aku memulakan jejak pertama di alam maya telah mengambil keputusan untuk merehatkan diri lalu tidor dari bidang ini. Mungking kerana bagi mereka matlamat adalah bagi melepaskan masa terluang.tetapi ada juga yang terus melangkah maju kehadapan dan terus maju tanpa menoleh masa silam.

Justeru kali ini bilatintabicara kembali semula selepas melalui zaman kegelapan sebentar memilih untuk berkongsi rasa,pendapat,tempat tempat menarik,isu isu semasa dan juga membina kembali hubungan yang mula rapuh dek kerana ramai yang berusaha memilih populariti berbanding ......

Moga ini tidak menjadi penulisan aku yang terakhir








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


2 Dakwat Tumpah:

sarina izryn said... [Balas Komen Ini]

selamat kembali menulis......

sop said... [Balas Komen Ini]

patut lama x der
hilang dlm kegelapan malam rupanya :)
menulis kerana diri sendiri jer lebih berpuas hati berbanding mengejar perkara lain. hejeje

Post a Comment

 Online User