PENAJA - IKLAN BERBAYAR
Salam Perantauan.
Assalamualaikum
Alhamdulillah paper exam aku dah selamat aku duduki dengan jayanya konon, tapi keputusan tak pasti lagi , apa pun tidor yang tertangguh telah aku qada dengan sepuasnya. Tamat dah pengajian jarak jauh aku untuk Ijazah Sarjana Muda. Dengan harapan dapat bergraduasi tahun ni.
Dalam itu aku telah dapat surat panggilan temuduga untuk jawatan penolong akauntan di Jabatan Akauntan Negara, dengan kata lepas peperiksaan hari tu masih terlalu ramai calon yang lulus dan dipanggil untuk temuduga kali ini, tu tak termasuk mereka yang dah masuk perkhidmatan dengan gred 17 dan mengambil peperiksaaan dalamam, memak masak tapi apa pun kene usaha juga bukan.
So kalau ada geng geng blogger yang ada di putrajaya bulan september ni roger boleh duduk sebelah sembang sembang tak la bosan sangat bila tunggu giliran hehehe
Terima kasih jugak utk taikotai faiz @ hamzah @ terbangtinggitinggi.com kerana sudi menghantar kar raya tajaan dari penaja beliau, siap ada sampul duit raya lagi tapi haram kosong, ada ke patut lain kali letak la sikit isi berkongsi nikmat la katakan kan heheheh
Tahun ni jugak zakat fitrah telah aku selesaikan untuk diri aku dan juga tanggungan aku, memang rasa lain bila bayar zakat sendiri hihihi teruja main salam salam, konon konon practice salam ngan tok kadi la kan boleh gitu sah?
Anyways pagi ni 16/08/2012 selepas subuh aku akan bergerak balik ke Tampin Nogoi Sembilan nak bukak rumah kampung yang dah lama tinggal, memang seronok rasanya tak sabar nak anyam ketupat masak rendang dan shopping bagai kat tampin square tu, so kalau ada blogger2 area tampin masjid tanah yang nak aku datang tolong makankan makanan diorang feel free to contact through blog platform leave coment dengan no phone nanti aku call service makanan utk percuma
Doakan aku selamat pergi dan selamat kembali kalau apa apa jadi halalkan makan minum aku ngan korangs selamat ni, kalau berkesempatan aku akan update dari kampung tu pun kalau ada cc, maklomlam laptop dah rosak. Kepada yang nak balik hari ni esok atau lusa pandu dengan cermat ingatlah orang tersayang
Salam Lebaran
Ikhlas
Related Posts :
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Online User
0 Dakwat Tumpah:
Post a Comment