PENAJA - IKLAN BERBAYAR



Sila click pada ruang yang kosong atau Email Kepada BilaTintaBicara@gmail.com untuk maklumat lebih lanjut

Check List Walimatul Urus



Perasaan takut, berdebar,kusut,serabut semua pakej, bila kita dah ikat anak orang ketat ketat, kena la rancang macam mana nak habiskan ye tak? Takkan nak ikat sampai lebam

Kalau ikut perancangan Bulan Februari 2014 semoga di panjangkan umur di murahkan rezeki dan diberi kesempatan untuk terus berbakti kepada ibu bapa . Cewah kan

Aku dah tulis atas kertas check list untuk majlis, tu pun sepaham aku la kan, kalau ikut kan hati, aku nak nikah je lepas tu naik khemah sebijik doa selamat jamu tetamu dan orang masjid dengan meehun je kan, tapi mak aku tembak aku,mak tunang pun join sekali basuh kahkah

Antara checklist yang telah aku senaraikan untuk majlis aku adalah seperti dibawah


1) Kursus Pra Perkawinan
 Dulu zaman belajar ada buat free untuk student,masa tu tak fikir jauh lagi kekonon fokus belajar so skarang kene la attend, dengar katanya 2 hari tak gitu

2) Isi Borang Permohonan
Kalau di Selangor, borang boleh di isi secara online di ncr.jais.gov.my segala urusan borang permohonan nikah, borang pengesahan bermastautin harus di isi online, di cetak dan di hantar kepada pihak perempuan(untuk lelaki) kalau bernikah di luar kawasan, kalau satu kawasan senang perempuan isi siap-siap lelaki isi siap-siap langgar je pejabat agama daerah sesama kan

3) Dewan
Pekara penting sekali, kalau ikotkan track rekod majlis kat area sini atleast dewan kene booking seawal awal nya setahun dari tarikh majlis, kalau tak memang takde kosong , sentiasa penuh dewan kat area MPAJ ni kan.

4)Katering/Pelamin/Baju Sanding
Orang kata katering ni benda paling penting utk pastikan tetamu di hidang dengan makanan yang baik baik, buat masa ni ada 3 senarai caterer yang dah masuk dalam list untuk di buat food test, ada orang pesan jugak kengkadang masa food test memang sedap tapi time majlis dia out , maybe ikut nasib kita Dan mostly katerer sekarang dia siap pakej full set makan baju pelamin, kalau nak kelainan masih boleh ambil lain lain.Pastikan perbincangan di buat dengan teliti dan hanya bersetuju sekiranya tawaran di berikan berbaloi dengan perkhidmatan

5)Tuan Imam
Jangan lupa booking tok imam awal awal, kang takde imam yang boleh menikah kat kawasan kita, masak nanti, dia pun banyak jemputan jugak kan, so kesian la skit kat imam tu last minit bagitau dia apa pulak
cakap dia

6)Photographer/Videographer
Depend pada pasangan, sama ada nak ambil atau tidak, kalau ambil pun ok tak ambil pun takpa, tapi kene standby kalau tak ambil make sure kita minta tlg kawan kawan untuk rakam kan moment penting dalam hidup kita untuk diceritakan kepada anak cucu nanti keh2

7) Kad Kahwin/Doorgift
Kalau jemputan 1000 orang make sure kad kahwin 500 sahaja bukan 1000 nanti kira double, masukkan juga jemputan melalui tuiter fb instagram linked bagai semua, doorgift ikut kepada pasangan dan kemampuan macam aku insyallah bunga telur je

7) Hantaran
Dulang boleh di bawak berbincang, beli sendiri atau asing2 pun boleh di hantar gubah atau gubahan sendiri lagi kemas,

8) Ilmu & Keberkatan Ibu Bapa
Yang ni paling penting sebenarnya  Saje letak last taknak letak awal awal, jgn kawhin lari penat kalau boleh biarlah berjalan, yang lelaki tu gentle la jumpa mak bapak perempuan face to face kalau berkenan, jangan ajak perempuan tu kahwin belari penant nanti mak bapak nak kerja, redha anak terletak pada ibu bapa

kalau ada tips lain sila la kongsi kot kot saya tertinggal ke kan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


3 Dakwat Tumpah:

Post a Comment

 Online User