
Assalamualaikum masih ingat lagi mengenai Reunion yang di anjurkan oleh Jabatan Latihan Khidmat Negara untuk alumni? kalau lupa boleh baca kat sini
Majlis yang di anjurkan itu bertujuan mengumpulkan semua bekas pelatih bagi melantik jawatankuasa organisasi alumni di peringkat kem. Di samping itu majlis sebegini rupa dapat la mengumpulkan geng geng plkn kita yang semakin bz dengan kehidupan selepas berkahwin,pekerjaan dan juga ada yang menyambung pelajaran lagi.
Pada malam 9 Oktober Tintabicara bersama rakan rakan shoot ke Negeri Pahang untuk mengambil rakan rakan sekapal untuk di bawa ke kem. Perjalanan yang bermula jam 9 malam beterusan sehinggalah ke subuh harinya ~~"
Sangat penat sangat berbali kerana apa PLKN itu akan kekal dalam ingatan.Sampai ada statement yang dikeluarkan iaitu kalau kita tak join plkn ketika di alam remaja maka hilang kenikmatan sebagai seorang remaja. Bayangkanlah satu dorm 7 orang semua datang dari lain negeri berbeza negeri , budaya , agama, dan latar belakang keluarga pada mulanya seperti terpaksa namun diakhirnya walaupun semuanya tersimpul rapi dalam kenangan :-)
Percaya atau tidak PLKN sebenarnya adalah medium terbaik untuk menyatukan budaya dan remaja dari pelbagai anutan agama kerana mereka akan dipaksa "pada awalnya" untuk masuk kepala dari hari ke sehari namun sepanjang PLKN mereka lah yang menjaga antara satu sama lain,sakitnya ke,laparnya ke,didenya ke... walaupun PLKN tak la seperti we are singaporean boys iaitu program wajib bagi remaja di Singapura namun rasanya lebih berkesan daripada SMK yang gagal menyemai titik persefahaman untuk pelajar dari lain lain bangsa to be honest :-)
So jom layan gambar gambar kenangan yang sempat di snap dari telefon tangan je :-)+
Tempat Lapor Diri
Tempat Cinta Berputik ~~"
Mahanie - Wirawati Charlie
Ex Ketua Wira - Al Imran Bravo
Alfa Bravo Charlie Delta
Dorm Lelaki
.Dorm Lelaki
Tempat Aktiviti Air
Anak kepada Ex aku di PLKN ~~"
Dorm Charlie 6C Aku punya :-)
Cikgu Jaafar - Bravo Pecah Kepala
Fuh rasa macam muda muda je lagi kan :-)
kepada yang namanya terpilih 2011 Jangan sia siakan peluang ini
Bila Tinta Bicara
Satu Hasrat Satu Semangat Satu Tekad














