PENAJA - IKLAN BERBAYAR



Sila click pada ruang yang kosong atau Email Kepada BilaTintaBicara@gmail.com untuk maklumat lebih lanjut
Showing posts with label Friend Forever Program. Show all posts
Showing posts with label Friend Forever Program. Show all posts

Entry Penaja - Alinac Shoppe

.

aLINAC sHOPE

Assalamualaikum dan selamat Hari selasa wah bertemu lagi kita dalan segmen Penaja di Bila Tinta Bicara terima kasih Alinac Shoppe kerana sudi menjadi penaja selama 2 bulan ouch :-)

Ada apa dengan Alinac Shoppe?

Sebuah blogshop yang menjual produk2 kechantikan wanita,menghias diri dan menjaga kesihatan al-wajibal ghunnah la kan bagi wanita wanita berkerjaya pada zaman kini? sebab apa kita perlu tampak lebih elegan dan stylo bila ke kelas or ke pejabat :-)

Menawarkan produk pelangsingan sabun mandi krim pelembap product rambut dan berbagai bagai lagi dengan harga istimewa bagi ahli dan juga harga yg tak lebih dari biasa bagi bukan ahli… so nak murah lagi kena la jadi ahli tak mahal pun kan?

Aktif dalam pusat spa memberikan rawatan muka,alinac shoppe juga telah mengorak langkah dalam menyertai beauty fair di PWTC pada awal tahun ini …. wah hebat tak hebat la kan?

Pengedar nye cik yong seorang yg mesra alam ( bukan dua alam 40 juta) juga akan memberikan nasihat dalam setiap produk yg di order bagi memaksimumkan kesan pengunaan bagi setiap individu :-) tak la touch and go je follow up to penting kan?

Setiap pesanan yang disahkan akan menerima trace kod untuk penghantaran produk 24 jam setelah pengesahan bayaran di terima pantas lagi mudah :-) Jadi Kalau berminat dengan produk2 nya boleh la ke page Alinac Shoppe.

Jom tengok promosi bulan Nov antaranya

PROMOSI BERMULA 26 OKTOBER 2010
HINGGA 26 NOVEMBER 2010

SET ALINAC A

MEMBER
RM48 - Semenanjung
RM52 - Sabah/Sarawak
NON-MEMBER=
RM55- Semenanjung
RM58- Sabah/Sarawak



SET ALINAC B

MEMBER
RM48 - Semenanjung
RM52 - Sabah/Sarawak
NON-MEMBER=
RM55- Semenanjung
RM58- Sabah/Sarawak

SET ALINAC C

MEMBER
RM48 - Semenanjung
RM52 - Sabah/Sarawak
NON-MEMBER=
RM55- Semenanjung
RM58- Sabah/Sarawak

Ha apa lagi jom terjah ramai ramai tengah banyak promosi tu. Jangan lupa jengah fan page untuk blog shop ini juga ye :-)



Baca Artikel Penuh..



Entry PENAJA - CIK DARA GADIS DARI SAMARAHAN :-)

Assalamualaikum :-) masih lagi ingat entry di mana ambo mengenalkan penaja penaja resmi bila tinta bicara?

Cik Tomato dan Mummy Ellen ? :-)

Hari ini adalah giliran penaja seterusnya iaitu cik dara :-)





Pemilik blog DARA MANISKU ini di punyai oleh Sharifah Fauziana Wan Kebrawi.
Merupakan seorang penyelia di bawah kementerian belia dan sukan bertugas di samarahan sarawak....
kenapa CIK DARA? sebab katanya nenek beliau yang memanggil nenek dara jadi lama kelamaaan melekat la gelaran tu kat beliau :-0

Ok jom review blog beliau ringkas je ye heheh
ok blog yang ringkas menarik sungguh seronok di lawati kerana tak banyak widget merapek rapek
dan ada muzik auto play dan yang penting tak ada pop out message :-) barang siapa yang menjengah akan pasti kembali lagi heheheh.

Tuan rumah yang peramah jarang tidak berbalas apabila orang lain datang ke rumah menjengah.... tak pernah marah dalam entry entry beliau dan blom pernah kutuk2 orang lain tak macam ambo jahat kutuk kutuk orang kan :-)

Walau bagaimanapun blog ni akan kurang mendapat page views kerana tidak di setting supaya post post terdahulu dapat di baca mahupun post post terkini apatah lagi yang lepas lepas jenuh orang nak click older post kan kalau tak setting supaya senang nak carik :-) dari aspek itu ia boleh di perbaiki

Well said dalam dunia blog Idea,Kerajinan adalah menjadi satu aspek yang penting dalam kita mengenalkan blog kita kepada dunia luar :-) so jangan malas2 update ye CIK DARA :-)


More or less she is a nice person jom ramai ramai kita berkenalan dan mengenali cik dara :-)

p/s nak beriklan dengan tinta bicara?




Baca Artikel Penuh..



Bahana Form Spring - Terkena Jugak Akhirnya


Assalamualaikum :-)
Hah sapa yang tak ada form spring angkat kaki?
fenomena lama dah sebenarnya mengenai satu medium untuk orang bertana soalan kepada kita :-) . Kan? kadang kadang soalan tak serupa soalan pun ada kadang kadang soalan macam solana test JPJ pun ada soalan sains matematik dan bagai bagai pun kita boleh dapat

Motif? takder la serious sangat cuma nak share segelintir soalan yang pernah di terima dan sangat susah nak di jawab :-)
apakah ia? tengok kat bawah ni




Ha nampak tak? hah jangan tak tau ~~"
Ada soalan yang suruh ambo bukak blog dia baca entry dan bagi pendapat
wes beratt tapi ambo gagahkan jugak. ha soalan yg kat atas tu daripada cik ayam gile? kenapa ayam gile tanyalah dia hahah gi add fb dia dan read blog dia yer :-)

Ada soalan tanya kenapa kucing kencing berdiri...... kenapa kentut tak berbau ataupun kentut warna apa..... dan bagai bagai lagi
ha soalan yang mcm ni darang dari cik Shada nah amik ko femes kot fb ko nanti :-)
sajer taknak bagi link blog biar kome kome sekalian pergi add dia rame rame

hahahha so sebagai taknak melepas kan peluang heheheh
jawapan untuk kenapa kucing jantan kencing berdiri adalah kerana ia nak menandakan kawasanya :-) ala ala cat dog gitu bukan kencing bersepah ye :-)

tentang kentot plak hahahah kentot berdarah betul la soalan ko taknak jawab la :-)

P/s sapa sapa ada kemusyiklan masalah couple,soalan sains soalan rumah tangga,soalan ilmu alam matematik undang2 jalan raya company law bla bla bla

jangan segan silu tanya ye



Motif? aku pun ada formspring jugak kui2 :-) layang je


Barakallah





Baca Artikel Penuh..



Entry Penaja - Mummynemo.com 24 Hours Sticky Post

Ellen's banner



Assalamualaikum
Selamat Hari Selasa
Dalam keadaan yg tak cukup kuat kerana demam
dan dateline assingment pada hari rabu ini di tambah dengan work load
sebab nak pinddah office lot baru ambo gagahkan jugak untuk entry penaja ini


Kali ini penaja untuk 2 bulan adalah Mummy Nemo aka Madam Eleen :-)
berasal dari sabah ( blogger sabahan bah) tak di ketahui mengenai umur dan jumlah anak mcm2 berahsia je hahahha :-0

Seorang yang Mesra mudah didekati mempunyai kehidupan yang gembira walau bagaimanapun tidak "rela" untuk berkongsi maklumat peribadi lebih lanjut di blog :-0

Bagi beliau berblog ini adalah untuk melepaskan masa apabila segala kewajipan yang di tunaikan sebab tu la kadang kadang blog walk pun balas lambat al busy la katanya :-)

Seperti Cik Tomato.... nampak di sini beliau juga suka menyertai kontest sana kontest sini katanya di samping berpluang memenangi hadiah ia juga dapat menambah rakan dan menjalinkan ikatan ukhwah sesama rakan di alam maya


Antara entry di blog beliau yang menarik hati ambo adalah CUTI CUTI Malaysia :-)
Sebab beliau membawa kita mengexplorasi keindahan alam :-) memang menarik rasa teruja saja bah bila baca pengalamanya bila nak bawah aku join bercuti bah hahahah

Dan lagi beliau ada fan page di faceboook apa lagi ramai ramai la add beliau ye :-)
P/S Bila tinta bicara bila nak ada fan page lagi kan hahah ta layak kot :-)

So apa lagi jom kita terjah ke blog Mummy Ellen ramai ramai follow pun bagus tak follow ( silent reader) pun takper bah :-)


Mahu beriklan dengan tinta bicara? KliK Sini



Baca Artikel Penuh..



Bila Tinta Berbicara - Lebih Santan Lemak Berkrim di Sukai Ramai :-)


Assalamualaikum

Selamat hari Sabtu :-) Menaip ketika waktu subuh ingin menjelma :-) setelah diserang oleh malware dari segi layout design maka Tuan Empunya Blog telah mengambil keputusan melakukan rombakan secara besar besaran untuk mengatasi masalah dan juga memberi nafas baru kepada Bila Tinta Bicara Nah inilah hasilnya……



Blogger template yang lebih ringan Mesra SEO ha tapi ada yg kata macam kaler air anggur :-) hehe terima kasih atas feedbacl :-)

Antara perkara baru yang ditelah disusun atur di dalam bila tinta berbicara adalah

  • Friend Forever Program FFP
  • Chat
  • About Me
  • Disclaimer
  • dan juga SiteMap
Semua ini telah di bahagikan mengikum kolum mereka yang tersendiri supaya ianya kelihatan lebih kemas menarik dan teratur :-)

Friend forever program - adalah exchange list program di mana anda boleh membaca entry mengenainya di sini so tambahkan link anda agar mudah di lawati ye :-)

Chat adalah ruangan diskusi borak borak kosong dan meninggalkan tapak kaki :-) jadi setiap yg singgah manually ataupun auto blog walk akan di balas jejak. hanya website yang mencurigakan sahaja yang tidak akan di balas :-)

About me adalah mengenai tinta bicara :-) masih belum di update secara sepenuhnya

Disclaimer adalah ruangan penafian atas segala artikle yang diterbitkan :-)

Site Map pula adalah setiap kategori yang pernah di ceritakan oleh tinta bicara di sini :-)

Rombakan besar besaran ini adalah utk memastikan Bila Tinta Bicara lebih memenuhi SEO requirement Lebih ringan untuk di loading Sebarang kritikan pandangan dan pendapat boleh lah di berikan kepada saya di sini ye agar blog ini boleh dan boleh di perbaharui :-)


BilaTintaBicara - Menulis bukan kerana Nama


Baca Artikel Penuh..



UNDER MAITENANCE




Assalamualaikum maaf atas penyerangan malware dari webpage design
atas serangan itu yang di link kan kepada layout bila tinta bicara
satu langkah drastik akan di ambil bagi melakukan rombakan
secara besar besaran

Layout baru lebih segar
mesra SEO dan ringkas tapi padat :-)
Harap bersabar ye semua

Terima kasih pada mereka yang masih sudi menjengah2 :-)
sayang korang semua lah haha


baiklah Nak sambung kerja balik
BilaTintaBicara - Bukan Kerana NAMA





Baca Artikel Penuh..



Tazkirah Jumaat - Jawapan Kepada Isu Betudung

Assalamualaikum
Selamat Hari Jumaat :-)
Entry yang telah di draft pada subuh hari selasa ini adalah bagi menjawab
segala statement yang mana

"Aku pakai tudung bila datang seru"
"tak guna jugak pakai tudung kalau baju ketat"
"Ala aku tak pakai tudung solat jaga jugak orang pakai tudung tu tak solat"
"Alah pakai tudung nak cover buat jahat buat apa"

Bukan mahu mengata jauh sekali berlagak baik
sekadar perkongsian ilmu
di ceduk dari Uztaz Zaharudin 100% tanpa sebarang pengolahan
kerana ia adalah sumber bacaan terbaik...

-------------------------------------------------------------------------------
) Isu tidak mahu bertudung ( menutup aurat) tanpa ikhlas kerana tidak mahu hipokrit serta tidak mahu berubah kerana disuruh.

Sebenarnya isu ini telah agak banyak saya sentuh di dalam artikel-artikel yang lalu seperti berikut :-

* Aurat wanita apa sudah jadi?
* Wanita, aurat dan Kerjaya



Namun demikian, disebabkan soalan ini ada menyentuh beberapa isu yang agak semasa dan kerap, saya berasa perlu untuk memberikan ulasan tambahan.

Begini ulasannya, Allah swt dan RasulNya telah mengarahkan seluruh wanita muslimah untuk menutup aurat dan bukan hanya bertudung.

Justeru, sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, suka atau tidak, disuruh oleh orang lain atau terbit dari hatinya sendiri, dia tetap WAJIB di sisi Allah untuk melaksanakan kewajiban itu.

Sebagaimana seorang pemandu tidak berhemah warganegara Malaysia yang menetap di United Kingdom (UK), dia akan terpaksa mengubah cara pemanduannya kerana hemah pemandu di UK amat tinggi, sesiapa sahaja yang kurang berhemah akan segera mendapat teguran pemandu lain, malah adakalanya pemandu lain akan segera menelefon polis atau mencatat nombor plat kereta untuk diadukan kepada polis.

Atas sebab itu, pemandu yang asalnya ‘brutal' di Malaysia, TERPAKSA berubah di UK. Tidak kiralah sama ada dia berubah kerana hipokrit, terpaksa, tidak ikhlas atau apa jua sebab lauaran. Hakikatnya, dia MESTI berubah, kerana itu adalah system dan regulasinya. Mengabaikannya akan membawa mudarat kepada diri sendiri dan pemandu orang lain.

Sama seperti menutup aurat dan bertudung, itu adalah regulasi oleh agama Islam, mengabaikannya akan membawa mudarat spiritual kepada diri sendiri dan juga orang lain (kerana setiap lelaki yang melihat aurat wanita bukan mahram, akan berdosa dan dosanya dikongsi bersama oleh wanita tersebut).!

Justeru itu, hipokrit tidak boleh sama sekali menjadi PENGHALANG untuk mengerjakan semua KEWAJIBAN agama, termasuk menutup aurat. Ia adalah arahan Allah dan hak Allah untuk menguji hambanya.

Sama seperti mendirikan solat, membayar zakat, puasa Ramadhan dan semua arahan serta larangan Islam yang lain, sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, terpaksa atau tidak. Kewajiban untuk melakukan semua arahan wajib dan menjauhi larangan yang diharam tetap tertanggung di atas bahunya, walaupun dia tidak ikhlas atau masih gagal mencapai tahap Ikhlas.

Apa yang perlu diusahakan adalah terus menerus berusaha memperoleh ikhlas semasa melaksanakan perintah dan menjauhi larangan itu. Itu boleh dianggap sebagai adalah level kedua kesempurnaan ibadah. Level pertama adalah mesti melaksanakan tuntutan Islam.

Perlu diingat, jika seseorang menutup aurat dan menunaikan solat secara ikhlas atau separa ikhlas, maka dia akan beroleh ganjaran sekadar keikhlasannya. Namun tanggungjawab fizikal yang diwajibkan oleh agama dikira sudah terlaksana secara zahirnya. ATAU kata lainnya, tatkala itu dia hanya BERDOSA SEKALI iaitu kerana tidak melaksanakannya secara ikhlas, tetapi dia terhindar dari dosa tidak mengerjakan yang wajib ke atasnya secara zahir.

Namun jika dia degil dan tidak menutup aurat, tidak juga solat atas alasan TIDAK IKHLAS, TIDAK MAHU HIPOKRIT dan sebagainya. Tindakannya itu menjadikannya BERDOSA di sisi Allah secara fizikal dan juga spiritual, atau dalam kata lainnya, dia berdosa DUA KALI. Dosa di level pertama dan kedua sekaligus, malah lebih musnah apabila dosa level pertama itu sangat mudah bercambah apabila ia berjangkit kepada orang lain, seperti apabila sahaja ada mata lelaki bukan mahram yang melihat, ketika itu dosa bukan hanya dua kali tetapi sebanyak mata lelaki yang melihat.

Adapun bagi mereka yang tidak ikhlas tadi, at least dia sudah terselamat dari cambahan dosa dari mata lelaki.

Kesimpulannya, ‘ingin berubah hasil hati sendiri', ‘tidak ikhlas' dan ‘tidak mahu hipokrit' itu semuanya hanya bisikan syaitan yang ingin menyesatkan hamba Allah agar terus menerus menjauhi kewajibannya. Sedarlah agar jangan lagi terpedaya, ingatlah berterusan dalam dosa sedang mengetahui hukumnya akan terus menerus menambah besar kemurkaan Allah swt dan akan menjadikan diri sama sekali TIDAK MAMPU berubah di satu hari nanti yang diharapkan.



2) MEREKA YANG BERTUDUNG TAPI TIDAK SEMPURNA DAN BERAKHLAK BURUK.

Sebelum mengulas, isu sebegini telah pernah saya ulas sbeelum ini di artikel : Bertudung Sambil Hina Hukum

Kembali kepada persoalan saudari, dari bait-bait ayat saudari, kelihatan saudari begitu benci dan terganggu serta terkesan dengan keburukan akhlak dan cara tutupan aurat rakan sekerja yang lain yang dikatakan memakai tudung tetapi ketat dan sebagainya. Sehingga saudari merasa mereka semua hipokrit, buruk perangai, pengotor dan sebagainya, walau bertudung.

Sebelum itu, saya perlu ingatkan saudari dikira bertuah kerana mendapat kerja di sebuah syarikat yang begitu perihatin dalam masalah agama sehingga mewajibkan kakitangan mereka untuk menutup aurat.

Satu perkara mesti jelas juga, semua wanita yang bertudung tetapi berbaju ketat, skirt panjang terbelah, berbaju kebaya sempit dan sebagainya, semua mereka berada di satu level pada pandangan Islam. Iaitu SEMUA SEDANG MELAKUKAN DOSA DAN SEMUA TIDAK MENUTUP AURAT.

Justeru, adalah SALAH bagi saudari menganggap ‘rakan sekerja itu' SEBAGAI MENUTUP AURAT TETAPI BURUK AKHLAK DAN BEROSA. Sebabnya, mereka juga TIDAK MENUTUP AURAT.

Malah jika mereka benar-benar menutup aurat sekalipun, adalah SALAH untuk merujuk kepada mereka dalam menetap pendirian sama ada saudari perlu sudah sampai masa untuk menutup aurat atau tidak.

Ingatlah bahawa yang diwajibkan oleh Allah bukanlah hanya bertudung kepala dan menutup leher, tetapi menutup seluruh bahagian aurat tubuh sebagaimana yang telah saya terangkan di dalam artikel ‘Aurat Wanita Apa Sudah Jadi'

Selain itu, adalah salah sama sekali dalam hal ehwal agama, untuk kita membandingkan diri kita dengan mereka yang lebih buruk agama dan akhlak. Ia adalah teknik Syaitan uuntuk menghentikan seseorang dari melakukan usaha pemulihan diri kepada yang lebih baik.

Jelas dari hadis Nabi s.a.w, dalam hal agama dan kepatuhannya, kita mesti sentiasa melihat mereka yang lebih dari kita, agar kita terus berusaha

Manakala dalam hal keduniaan, barulah kita disuruh oleh Islam untuk melihat mereka yang kurang berbanding kita, agar kita lebih tahu untuk bersyukur dan tidak dijangkiti penyakit tamak.

Sabda Nabi :-

خَصْلَتَانِ من كَانَتَا فيه كَتَبَهُ الله شَاكِرًا صَابِرًا وَمَنْ لم تَكُونَا فيه لم يَكْتُبْهُ الله شَاكِرًا ولا صَابِرًا من نَظَرَ في دِينِهِ إلى من هو فَوْقَهُ فَاقْتَدَى بِهِ ونظر في دُنْيَاهُ إلى من هو دُونَهُ فَحَمِدَ اللَّهَ على ما فَضَّلَهُ بِهِ عليه ..

Ertinya : Dua perkara yang sesiapa dapat perolehinya akan ditulis dirinya sebagai hamba yang bersyukur dan sabar, sesiapa yang gagal dalamnya, tidak akan ditulis sebagai orang bersyukur dan sabar. Iaitu sesiapa yang melihat tentang agamanya kepada mereka yang jauh lebih baik darinya, lalu ia berusaha mengikutinya, dan dalam hal keduniaan mereka melihat kepada orang-orang yang kurang darinya sehingga ia memuji Allah atas nikmat yang diperolehinya .. ( Riwayat At-Tirmidzi, 4/665 ; Hadis Sohih menurut Tirmidzi dan Albani)



3) WALAUPUN TIDAK MEMAKAI TUDUNG (MENUTUP AURAT) TETAPI MASIH JAGA SOLAT DAN MAMPU MENJAGA TINGKAH LAKU.

Tahniah atas kemampuan saudari untuk terus menjaga solat dan menjaga tingkah laku, namun solat yang hakiki dan ikhlas akan menghasilkan seorang yang gerun melakukan dosa, serta akan mendorong sesoerang untuk tanpa lengah menunaikan tanggungjawab yang diarahkan Allah.

Namun apabila saudari terus redha dalam pembukaan aurat sedangkan saudari menunaikan solat, ia bermakna solat saudari juga bermasalah. Tapi jangan pula mengatakan, "kalau begitu saya tak mahu solat kerana tak mahu hipokrit", ia telah kita bincang di atas tadi.

Juga, buktikan kepada diri bahawa jagaan solat saudari adalah benar-benar sebuah ketaatan dan bukan hanya kosong tanpa isi. Tanda awal ia adalah benar-benar sebuah solat adalah saudari akan terbuka hati dengan cepat untuk menutup aurat tanpa terkesan dek buruk perangai orang sekitar yang kononnya menutup aurat tetapi buruk.

Justeru, saya menasihatkan saudari agar segera keluar dari jenis individu yang saudari sendiri benci (bertudung atau tutup aurat tapi tak solat, mengumpat dsbgnya). Saudari membenci perangai mereka tetapi dari sudut pandangan agama, saudari sebenanrya adalah sebahagian dari mereka kerana :

Mereka yang menutup aurat dan buruk perangai adalah sama darjatnya dengan mereka yang solat tapi tidak menutup aurat.

Kedua-duanya tidak bertanggungjawab terhadap Allah dan sedang melakukan dosa.

Malah saudari juga patut bersyukur mendapat ibu yang prihatin soal kewajiban agama, terlalu ramai ibu di zaman ini yang hanyut dan lebih suka anak perempuan mereka mengikuti gaya yang disukai syaitan iaitu seksi.

Lalu apabila ibu menyuruh, Allah juga mengarahkan, maka saudari bukan sahaja berdosa kerana aurat saudari yang terbuka, malah juga berdosa kerana tidak mematuhi suruhan dan harapan ibu, selain berdosa melanggar arahan Allah.

Bukankah mentaati ibu dalam hal yang tidak membawa dosa adalah WAJIB?. Dan jatuh derhaka bagi seorang anak yang mengguris perasaan ibu, khususnya dalam hal nasihat ibu untuk kita mentaati arahan Allah swt.



4) BUKAN SEKARANG MASA UNTUK BERUBAH.?

Jika bukan sekarang, maka adakah apabila sudah terlantar di rumah mayat baru ingin beurbah. Sedarilah wahai diri, bahawa kematian akan datang secara tiba-tiba dan tiada sebarang jaminan umur masih panjang beberapa minggu lagi.

Kebaikan dan pelaksanaan tanggungjawab jangan sesekali ditangguhkan, kelak tidak kempunan di hadapan Allah.

Moga Allah membantu saudari untuk segera berubah dan terbuka untuk menerima jawapan ini.

Saya juga doakan saudari untuk segera berHIJRAH KE ARAH kebaikan, dan teruslah kita semua berusaha untuk ikhlas dalam semua amalan kita.


Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

TintaBicara
Terang lagi bersuluh apa itu kewajipan apa itu paksaaan apa itu kerelaan kan?
Sesungguhnya kita semua di dalam kerugian melainkan berpesan pesan dengan kebenaran dan juga berpesan pesan dengan kesabaran. Tegurlah untuk membina tegurlah kerana erti sebuah persahabatan :-)

Barakallah


Baca Artikel Penuh..



Friend Forever Program - Disable Right Click

Tak sempat nak update guna Windows Live Write
Pergi dashboard terus update entry
masih ingatFriend Forever Program
yang dirintis bagi tolong menolong serta bantu membantu di dalam dunia blog
inilah kesinambungannya hasil dari Kes PANAS di sini

Adatlah dunia blog
kalau tak rela di lambung badai ombak melanda
jangan kau bina rumah di tepi pantai

tapi jangan dilupa kalau kailmu panjang sejengkal lautan dalam usah di duga
melayu marahnya bersilat sindirnya berbirat tak gitu cik jah :-)
untuk mengatasai masalah masalah itu
ini ada sedikit coding structure untuk disable rite click

SIMPLE copy and paster ajer ;-)

<script type="text/javascript">

var omitformtags=["input", "textarea", "select"]

omitformtags=omitformtags.join("|")

function disableselect(e){
if (omitformtags.indexOf(e.target.tagName.toLowerCase())==-1)
return false
}

function reEnable(){
return true
}

if (typeof document.onselectstart!="undefined")
document.onselectstart=new Function ("return false")
else{
document.onmousedown=disableselect
document.onmouseup=reEnable
}

document.oncontextmenu=function(){ return false }

</script>

HABIS ~~" Terima kasih ada banyak lagi tinggal lagi rajin tak rajin nak google je kan heheh
btw coding ni sila letak di edit html contohnya kalau tinta bicara lokasinya adalah tiga titik (...) sebelah kanan sekali baawaahhhhhhh sekali

Selamat Mencuba



Baca Artikel Penuh..



Farewell Party End Of Semestar Finance - BBQ ,PAINTBALLM,KARAOKE

Wahhh tajuk memang happening kan :-)
hahah Jom mulakan hari Isnin dengan entry
yang riang ria bersama nestle cornflake :-)

Hari Jumaat yang lepas
Bila Tinta Bicara
telah dijemput menghadiri satu acara
bagi meraikan mereka yang telah tamat
praktikal dan penamat semester akhir
budak2 finance UITM SHAH ALAM
Dijemput khas oleh Blogger Miss Terra :-)
ehem penulis jemputan je :-) tolong makan tolong nyanyi dan tolong gelak
sebab Bila Tinta Bicara bukan budak Finance UITM Shah Alam
p/s ada sesapa nak ajal lagi ke :-)

Majlis yang di anjurkan di
PAINTBALL Valley Bukit Cerakah Shah Alam
Memamg gempak sekali :-p

Acara yang bermula pada jam 5 petang dimulakan dengan
aktiviti paintball - tembak sampai lebam :-) hahah
walaupun terlewat dan tak dapat nak sertai aktiviti paintaball
tapi mmg terasa kehangatan dan kelebaman insan insan yang terlibat
jom usya gambar :-)




amcam ada bran :-)


Semasa the guys layan paintball
yang mana gadis gadis yang tak join
lepak di bahagian dapur untuk start masak BBQ dan jugak Meehon Goreng :-)
ada jugak gadis yang join main paintball memang lazat la kan :-)
p/s katanya kalau nak kene tembak diorang nampak gadis
diorang batalkan hasrat pastu yang gadis tu tembak la hihihi katanya la kan :-)
jom bantai gambar mereka yg lepak dapur plak






calon menantu pilihan ibu katanya wink2 :-)

Yang last sekali jom kita tengok ending diorang bantai karaoke ramai ramai
video recorder ni beb penat Bila Tinta Bicara Rakam...






Baca Artikel Penuh..



Friend Forever Program - FFP :-)


Mak kata kawan itu ibarat pedang kadang kala melindungi kita kadang kala menikam kita
Mak kata kawan itu ibarat Pokok besar yang mekar bisa melindungi kita dari sinaran mentari bisa juga rebah menimpa kita
Mak kata kawan itu ibarat Madu di sarang lebah rasanya manis tapi nak dapatnya bisa menangis
Mak kata berkawan biarlah lah beribu walau pun kadang kala hati terguris tapi selalu kita gembira
Kawan itu biarlah ramai bercinta biarlah satu jangan kerana cinta kita buang kawan
dan jangan kerana kawan kita buang cinta ~~"

Friend Forever program telah dilancarkan pada 1 Haribulan 10 2010 mengunakan master link widget
tujuannya agar senang tinta bicara berjalan jalan dan meredah lautan api utnk singgah di blog kawan kawan. Tempoh percubaan telah tamat hari ini makan Official launch akan dlakukan

Tak sangka ramai jugak silent reader.Bila letak dalam tempoh percubaan ramai je yg letak link kadang kala ada yg tak kenal :-) begitulah indahnya sebuah persahabatan
Bukan untuk dijual beli malah sangat sukar hendak di cari ganti

Jadi kepada pengunjung bila tinta bicara sudi sudikanlah meletakkan link sekali lagi atau buat pertama kalinya di widget top bar




InsyAllah walaupun blog ini berehat atau tidak aktif atau di masukan dalam fasa blog private
semua ini akan dijadikan sejarah bagi di lihat oleh cucu cucu atau anak anak Bila tinta bicara
Sesungguhnya definisi kawan sahabat rakan itu adalah mendalam untuk di fahami dan jugak mudah untuk di mengerti :-)


Ayuh ringakan jari menari untuk letakkang Link anda ;-)
Kalau sudi :-)


Walking with a friend daily is much more better to walk alone in a light day ;-)




Baca Artikel Penuh..



 Online User