PENAJA - IKLAN BERBAYAR



Sila click pada ruang yang kosong atau Email Kepada BilaTintaBicara@gmail.com untuk maklumat lebih lanjut

Harry Potter Mengutip RM 190 Juta :-)



Filem Harry Potter and the Deathly Hallows: Part 1 berjaya mencatat kutipan sebanyak AS$61.2 juta (RM190.5 juta) pada hari pertama tayangannya.

Tayangan pembukaan pada hujung minggu lalu mencatatkan kutipan terbaik dalam siri filem Harry Potter sebelum ini.

Tayangan pada Jumaat lalu, meletakkan Deathly Hallows di landasan yang betul untuk melepasi kutipan filem sebelumnya, Harry Potter and the Goblet of Fire yang mencatatkan jualan tiket mencecah AS$102.7 juta (RM319.7 juta) pada tahun 2005.

Filem terbaru Harry Potter itu menduduki tempat kelima dalam carta box-office bagi kutipan terbesar pada hari pembukaan.

Ia berada di belakang filem The Twilight Saga: New Moon yang mencatat kutipan sebanyak AS$72.7 juta (RM226.3 juta).

Sementara itu, filem The Twilight Saga: Eclipse mendapat kutipan sebanyak AS$68.5 juta (RM213 juta), filem The Dark Knight sebanyak AS$67.2 (RM209.1 juta) dan filem Transformers: Revenge of the Fallen sebanyak AS$62 juta (RM193 juta).

Francais filem Harry Potter telah menjana pendapatan sebanyak AS$5.5 bilion (RM17.1 bilion) sejak filem pertamanya ditayangkan pada tahun 2001.

Filem terbaru Harry Potter itu adalah berdasarkan bahagian pertama novel ketujuh Harry Potter karya J.K Rowling.

Filem terakhir, Deathly Hallows: Part 2 dijangka ditayangkan pada Julai tahun depan

SUMBER AP

Bila tinta bicara belum berkesempatan menonton kerana jadual yg padat pada hujung minggu lalu :-) ada yang da tengok? heheh jangan risau filem Malaysia ada jugak yang dah target 40 juta DUA ALAM kan :-) mengigil gigil wa cakap lu :-)





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


10 Dakwat Tumpah:

zmah said... [Balas Komen Ini]

Kita keluar duit-dia masuk duit....kaya lah dia.

akmal afiqah said... [Balas Komen Ini]

nak tengok hary potter, tapi tiket abes :(
last2 tgk unstoppable..layan gak ar ^^

Mah@mahu said... [Balas Komen Ini]

Cite ni memang aku dah target akan dpt meletop kalau ni filem Malaysia dah lama boxoffice...

tia said... [Balas Komen Ini]

tp npe tia still xmnat cter neh ?
smpai nak tetdo dlm wayang
sigh~

sizuka[Izzati] said... [Balas Komen Ini]

suka!suka!tgok waktu 1st day,bermaksud sy juga ialah penyumbang kepada pendapatan HP.ngehhhhh~

Puteri Iqa Izyan said... [Balas Komen Ini]

sian DR ROzmey..
haha :P

KiD said... [Balas Komen Ini]

aduuiiii.. tak sempat tengok lagi harry porter nih.. tunggu lagi dua minggu laaa gayenye.. huhuhu
http://shakiddo.blogspot.com/

nkara said... [Balas Komen Ini]

nak tengok harry porter yey!

nuriz said... [Balas Komen Ini]

ahahaha nak tergelak teringat 40 juta 2 alam hehehe

nuriz said... [Balas Komen Ini]

jom download harry porter baru di isohunt heheh

Post a Comment

 Online User