PENAJA - IKLAN BERBAYAR



Sila click pada ruang yang kosong atau Email Kepada BilaTintaBicara@gmail.com untuk maklumat lebih lanjut

AMARAN KERAS! VIRUS INFLUANZA MASIH DI LUAR SANA


Kem Sri Ledang, Tangkak yang menempatkan pelatih Pusat Latihan Khidmat Negara.


LEDANG – Seramai 410 pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang ditempatkan di Kem Sri Ledang di sini kecoh apabila lima rakan mereka disahkan menghidap selesema babi atau influenza A (H1N1) manakala 60 yang lain menghidap penyakit serupa influenza (ILI) semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Kesihatan negeri Johor, Dr. Robia Kosai berkata, lima pelatih yang positif H1N1 itu terdiri daripada tiga lelaki dan dua perempuan.

“Secara keseluruhan jumlah pelatih yang terjejas merangkumi 44 lelaki dan 21 perempuan. Empat daripada mereka telah pun diasingkan di dalam sebuah bangunan di kem tersebut.

“Kesemua mangsa juga telah diberikan rawatan antiviral. Kami juga giat memantau tahap kesihatan 60 pelatih lain,” katanya kepada pemberita di sini semalam.


Sumber Kosmo



TintaBicara

Sentiasa mendapatkan nasihat doktor apabila menghidapi gejala influanza

gunakan topeng muka kalau dijangkiti selsema dan batuk

CEGAH SEBELUM TERLAMBAT



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


2 Dakwat Tumpah:

Post a Comment

 Online User