PENAJA - IKLAN BERBAYAR



Sila click pada ruang yang kosong atau Email Kepada BilaTintaBicara@gmail.com untuk maklumat lebih lanjut

ABUYA?AL-ARQAM? SUDAH-SUDAH LAH... YANG PERGI BIARKAN PERGI...

Berita 1

Hatijah beritahu Abuya minta direlakan ‘pemergian’


KUALA LUMPUR: Hatijah Aam, isteri kedua Asaari Muhammad mendakwa mendengar suara suaminya meminta supaya merelakan pemergiannya secara fizikal bagi membolehkan rohnya bangkit memimpin umat Islam ketika terlantar sakit di sebuah hospital di Ipoh, baru-baru ini.

Hatijah Amm berkata, tugasan penting Asaari adalah untuk pergi dan kemudian kembali semula untuk bersama pengikutnya.
“Suara itu menyebut “kamu nak suruh orang tua yang tidak ada gigi yang kerepot ini bangun buat apa? Kenapa tidak fikir yang akan bangun nanti bukan yang ini,” katanya ketika ditemui di Bandar Country Homes Rawang, baru-baru ini.
Hatijah, 56, berkata suara itu kedengaran jelas beberapa minit sebelum Asaari, disahkan meninggal dunia pada 13 Mei lalu, di KPJ Ipoh Specialist Centre akibat jangkitan paru-paru.

“Abuya sudah bebas di alam ini... Abuya boleh pergi dan boleh balik. Janji Allah kepada orang-orang roh, mereka bebas di alam roh tanpa diganggu kerana selama ini fizikal mengganggu keaktifannya. Jadi, sekarang saksikan keajaibannya,” katanya.

Malah, Hatijah berkata, ketika berkomunikasi dari hati ke hati dengan suaminya itu, Asaari sempat mengukir senyuman kepadanya dan membuka mata sebelum menghembuskan nafas terakhirnya.

Beliau berkata, Asaari kini boleh melakukan kegiatan roh secara total kerana sudah bebas daripada fizikalnya yang menyekat pergerakannya selama ini.


Berita 2

KUALA LUMPUR: Bekas pengikut Al-Arqam mendakwa Hatijah Aam adalah perancang utama kumpulan itu termasuk mengeluarkan ‘fatwa’ kononnya Asaari Muhammad tidak meninggal dunia sehingga menimbulkan kekeliruan kepada umat Islam.

Sehubungan itu, Mohd Fakhruddin Abdullah yang juga anak saudara Hatijah, mahu kerajaan bertindak tegas dengan menahan Hatijah bagi mengelak penyelewengan terus berleluasa.
“Bukti yang dikeluarkan dilaporkan akhbar jelas pelanggaran akidah berlaku. Tidak ada orang sudah mati akan hidup semula. Dakwaan mereka itu adalah untuk kepentingan sendiri,” katanya semalam.
Fakhruddin yang juga Pengerusi Maahad Tahfiz Nur Shaadah di Perlis, berkata, Hatijah mempunyai pengaruh besar dalam kumpulan itu dan perancang utama yang menentukan hala tuju pergerakan itu.

Katanya, tujuan Hatijah berbuat demikian bagi memastikan pengaruh kumpulan berkenaan tidak luput daripada bekas ahli kumpulan berkenaan.

Seorang lagi bekas pengikut Al-Arqam, Prof Madya Syariah dan Kewangan Islam, Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Asmadi Mohamed Naim, berkata, beliau pernah meramalkan yang pengikut Asaari tidak akan dapat menerima kematian ketua mereka.

“Saya pernah meramalkan yang pengikutnya akan menganggap Abuya akan ghaib kerana berpegang kepada kepercayaan ketua kepada Asaari, iaitu Syeikh Muhammad As-Suhaimi yang meninggal dunia pada 1925 ghaib dan akan muncul memimpin kumpulan itu.
“Apabila Syeikh Muhammad As-Suhaimi tidak muncul dan Abuya pula meninggal dunia, jadi terpaksalah mereka mengatakan Abuya turut ghaib bagi kesinambungan kepada cerita mereka,” katanya.

Sumber Berita Harian

TintaBicara - Kelu lidah berbicara kelu tangan untuk menulis...perjuangan yang pernah tinta sanjungi kini menjadi sedemikian rupa
Bertaubatlah Sebelum Terlambat....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


2 Dakwat Tumpah:

iidyll iceness said... [Balas Komen Ini]

hurmmm
de baca dlm paper..
pnh baca buku ttg kump nie..
mmg mula2 xfhm gak pe yg diceritakn olh bekas ahli 2..tp baca b'ulg kali akhirnya fhm gak..

Keyyah said... [Balas Komen Ini]

ermm besar pengaruh dorg ni...mcm2 ajaran ada kat malaysia ni...

Post a Comment

 Online User