PENAJA - IKLAN BERBAYAR



Sila click pada ruang yang kosong atau Email Kepada BilaTintaBicara@gmail.com untuk maklumat lebih lanjut

SINGA PUN PERGI RUMAH URUT?



ALEX LARENTY mengurut tapak kaki seekor singa yang bernama Jammu di Taman Singa dekat Johannesburg baru-baru ini.

JOHANNESBURG - Seorang pakar hidupan liar Britain, Alex Larenty yang berumur 50 tahun dari Chipping Norton, United Kingdom mengurut tapak kaki seekor singa, lapor sebuah akhbar semalam.

Singa berusia sembilan tahun seberat 240 kilogram yang diberi nama Jamu itu kelihatan tenang sambil berbaring dan membiarkan penjaganya itu mengurut tapak kakinya.

Dia boleh berjalan dan mengurut Jamu walaupun dikelilingi oleh beberapa ekor singa lain di Taman Singa dekat sini.

"Saya membina hubungan dengan Jamu dengan cara meletakkan penghalau serangga di atas badannya. Ia penting bagi memastikan haiwan ini dilindungi daripada parasit. Jamu suka digaru dan digeletek," jelas Alex.

Alex turut menawarkan perkhidmatan urutan kepada pemain bola sepak pasukan England yang bertanding bagi merebut Piala Dunia di Afrika Selatan yang bermula Jumaat ini.

"Urutan saya membuatkan Jamu sihat dan gembira. Mungkin ia boleh memberi manfaat kepada para pemain England," katanya. - Kosmo/Agensi



P/S Tinta Bicara - Tengok la riak wajah singa tu penuh kenikmatan der :-)







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


6 Dakwat Tumpah:

farah said... [Balas Komen Ini]

kalau dah name singa,mintak maap la..bukan kate nak urut,sentuh x nak..tkut woo:)

peaNut said... [Balas Komen Ini]

syok betul muka singa tu kena urut..haha

❤ ~ * cik aidacomei * ~ ❤ said... [Balas Komen Ini]

perh..sedap ar singa tu tuan die garukan kaki ..

Miss Izah Mohamed said... [Balas Komen Ini]

HOHOHO.. JINAK AMAT SINGA TU... SAMPAI TJELIR2 NIKMATNYE.. AHAHAHA

kainbatiksaya said... [Balas Komen Ini]

singa mengurut... bagus kan !

Mr. Asada said... [Balas Komen Ini]

muka enjoy kena urut singa tu.. baik lak singa ni dengan penjaga tu ea.. huhu...

**pelik lak bila orang tu offer kat pemain England utk berurut dengan beliau..

Post a Comment

 Online User