Seringkali diri ini dan juga mungkin rakan rakan
mengeluh dengan kehidupan
masa belajar tekanan dengan pelajaran
bila keje gaji asyik tak cukup
bayar hutang sini bayar hutang sana
tapi kebanyakan Ciptaan Tuhan yang berada di sekeliling kita
tak pernah mengeluh dalam kehidupan
Bukan mata lihat dunia dari perspektif berbeza
belajarlah dari alam......
Mathari - Belajarlah dari matahari adil menebar cahaya dan memberi kehangatan kepada semua tak kira miskin dan kaya yang baik hatinya dan yang kejam dirinya
Bunga - Belajarlah dari bunga yang senantiasa tersenyum menyerbakan harumnya menghadiakan keindahan kepada hati yang gundah gulana...
Lebah - Belajarlah dari Lebah senantiasa berganding bahu dalam menjalankan sesuatu tugasan
Pokok - Belajarlah dari pokok yang senantiasa tunduk dahanya malah menghadiakan buah yang manis kepada semua manusia
Hujan - Kehadirannya ternanti nanti buat menyejuk bumi yang hangat membasahi kekeringan menghijaukan tanah yang gersang...
Kenapa perlu kita belajar dari alam?
adakah kita lupa
kita juga sebahagian darinya?
6 Dakwat Tumpah:
jangan belajar dari cicak. kuat berak merata-rata,, hahaha
Ape2pun sabar.. selepas sabar tu akan nampak hikmah, tp usaha tetap usaha, yg termampu.. BA kata berkorban, ada maksud tersirat tuh!..
belajarla dr cikgu..hehe
nice post
saya suka belajar dari semut...pe yg penting???kerjasama.....:)))
nice post.. belajar dr buku, belajar dr cikgu, belajar dr ibu, belajar dr ayah.. tp jarang mereka suruh belajar dr alam.. alangkah ruginye..
"Al Baqarah 2:164. Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang, bahtera yang berlayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia hidupkan bumi sesudah mati (kering)-nya dan Dia sebarkan di bumi itu segala jenis hewan, dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi; sungguh (terdapat) tanda-tanda (keesaan dan kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan. "
mungkin kita sengaja tak mahu memikir ;) sayangnya..
Irnie - Nice Shot
Post a Comment