PENAJA - IKLAN BERBAYAR
Berkhalwat pun Bawak Anak? Suami Orang pulak tuh...
PUTRAJAYA: Tembelang seorang wanita memperalatkan anak kecilnya sebagai penyelamat untuk menutup perbuatan sumbang terbongkar apabila dia ditahan pihak berkuasa ketika melampiaskan nafsu bersama kekasih gelapnya dalam sebuah kereta berhampiran Masjid Putra di sini, pagi kelmarin.
Perbuatan maksiat wanita berusia 24 tahun itu, terbongkar selepas dia dan teman lelakinya dicekup dalam sebuah kereta oleh anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) cawangan Putrajaya ketika menjalankan operasi cegah maksiat awal pagi kelmarin.
Sumber berkata, pasangan terbabit menggunakan pelbagai alasan dan berkeras menafikan mereka berkhalwat di Jambatan Putra berhampiran Masjid Putra di sini.
Katanya, wanita berkenaan mendakwa mereka tidak melakukan sebarang perbuatan menyalahi undang-undang dan tertidur di situ kerana kepenatan selepas bersiar-siar sekitar Putrajaya.
“Pada mulanya, wanita itu mendakwa bayi terbabit adalah hasil perkahwinan dengan pasangannya kira-kira setahun lalu. Bagaimanapun, tembelang wanita terbabit pecah apabila ‘suaminya’ mengaku bahawa mereka sudah berkahwin sejak 2002.
“Malah, hasil soal siasat mendapati wanita terbabit pernah menjadi mangsa rogol lelaki lain sehingga melahirkan seorang anak luar nikah, manakala teman lelakinya yang baru dikenali kira-kira dua bulan lalu itu sudah berkahwin dan mempunyai dua anak,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Berikutan itu, Jawi mengeluarkan saman mengarahkan pasangan terbabit hadir ke pejabat agensi itu di Putrajaya bagi memberi keterangan mengikut Seksyen 29 Akta Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 kerana disyaki melakukan perbuatan tidak senonoh di tempat awam.
Mereka antara 29 pasangan kekasih berusia antara 20 hingga 35 tahun yang ditahan dalam operasi mencegah maksiat sempena cuti hari minggu, membabitkan kira-kira 20 pegawai penguat kuasa JAWI cawangan Putrajaya.
Operasi yang bermula jam 10 malam hingga 1 pagi kelmarin itu adalah antara usaha berterusan JAWI bagi ‘membersihkan’ kawasan di Putrajaya terutama persekitaran Masjid Putra, Jambatan Seri Wawasan, Pusat Beli-Belah Alamanda dan Stesen Putrajaya Sentral daripada gejala maksiat.
Sumber - Berita Harian
Related Posts :
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Online User
10 Dakwat Tumpah:
hmmm ap nk jd la. harap je pki tudung bagai..memalukan btol. :(
memalukan....sekarang orang da tak heran dosa pahala...laki orang pulak tu...
Macam-macam hal sekarang ni, syabas kepada penguatkuasa ugama yang bertungkus lumus membanteras maksiat.
betul tu..banyakkan lagi pencegahan macam ni..kita nak berjalan ngan anak2 kadang2 naik rimas tgk pasngan2 ni..
alahaiiii..bikin malu jerrrr
biasalah tu
Kole LuMPOR
hahaha ticket to da hell :-)
takper kita jgn menghukum
kita patut menasihati
Nauzubillah...
dasyat..
anak geleng kepala tgk mak buat bende xsnonoh..ee..xmalu betol..
mintak jauh
Post a Comment