Sepasang suami isteri berjalan di tepi tasik yang indah.Si isteri kemudian bertanya kepada suaminya..ini antara dialog yang berlaku:
Isteri: Mengapa abang menyukai ayang? mengapa abang cintakan ayang?
Suami: Abang tak boleh menerangkan sebabnya..namun abang memang benar-benar cintakan ayang.
Isteri: Abang tak boleh terangkan sebabnya? Macamana abang kata abang cintakan ayang kalau abang tak boleh terangkan sebabnya?
Suami: Abang betul-betul cintakan ayang, abang tak boleh bagi sebabnya tapi abang oleh buktikan yang abang cintakan ayang.
Isteri: Tak boleh, tak nak bukti. Kawan-kawan ayang semuanya suami mereka boelh terangkan sebab mereka cintakan isteri mereka.
Suami: mmmm...baiklah..abang cintakan ayang sebab ayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga cintakan ayang kerana senyuman manis ayang, setiap langkah ayang, disitulah cinta abang bersama ayang.
Maka tersenyum puaslah si isteri dengan penjelasan suaminya...
Beberapa hari kemudian, si isteri kemalangan dan koma. Suami berasa amat sedih dan telah menulis sepucuk surat lalu diletakkan di tepi katil isterinya. Surat itu berbunyi begini....
'Ayang, jika kerana suaramu aku mencintaimu, sekarang bolehkah kau bersuara? Tidak. Oleh itu abang tidak boleh mencintaimu'
'Ayang, jika kerana kasih sayang dan ingatanmu aku mencintaimu, sekarang bolehkah kau melakukannya? Tidak. Oleh itu abang tidak boleh mencintaimu.'
'Ayang, jika kerana senyumanmu aku mencintaimu, sekarang bolehkah kau tersenyum? Tidak. Oleh itu abang tidak boleh mencintaimu'
'Ayang, jika kerana langkahmu aku mencintaimu, sekarang, bolehkah kau melangkah? Tidak. Oleh itu abang tidak boleh mencintaimu'
Jika cinta memerlukan sebab, sekarang abang tak punya sebab untuk mencintaimu. Adakah cinta memerlukan sebab?Tidak. Abang tetap mencintai ayang dulu kini dan selamanya.
kerana kadangkala perkara yang terindah dan tercantik itu tidak boleh dipegang atau dilihat...tetapi ia boleh dirasai di dalam hati..
Bercintalah kerana Allah :-)
8 Dakwat Tumpah:
like this..betul2..sokong dgn suami dy ni...
nice
betul3.
cinta tu tak perlu sebab.hubby pun taktau nak jawab apa bila saya tanya kenapa pilih saya jadik isteri.hehe
MMG PON ~
mana lah nak cari laki mcm ni.
ehehe.
:)
indahnya cinta........
http://nomborsebelas.blogspot.com/
meaningful =)
Cik Lily - haha bagus la kalau faham
Hamzah - Thanks
Cik Elina - Jangan di carik jauh jauh mungkin ada di sekelilink cik elina
Sebelas - Indah la :-)
Ken - Thanks
Post a Comment