PENAJA - IKLAN BERBAYAR



Sila click pada ruang yang kosong atau Email Kepada BilaTintaBicara@gmail.com untuk maklumat lebih lanjut

Mati Ditetak - 20 Lelaki

SHAH ALAM: Seorang lelaki maut selepas ditetak pada bahagian kepala dan belakang badan di kawasan perumahan Pangsapuri Valencia, Taman Sri Muda di Seksyen 25 di sini malam tadi dipercayai akibat dendam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Noor Azam Jamaluddin, berkata mangsa, Mohd Kasibal Julaini, 25, diserang sekumpulan 20 lelaki ketika sedang berehat dan bermain gitar di kawasan lapang di tingkat bawah perumahannya kira-kira jam 9.30 malam bersama lima rakannya.

Beliau berkata, mangsa dan seorang rakannya diserang oleh kumpulan lelaki yang bersenjatakan parang manakala empat lagi rakan mangsa berjaya melarikan diri.
"Kumpulan berkenaan bertindak ganas dengan menetak mangsa bertubi-tubi sebelum melarikan diri dengan menaiki motosikal," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, rakan mangsa yang cedera parah sedang dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang dekat sini.

Noor Azam berkata, polis sedang giat menjejaki kumpulan lelaki berkenaan dan tidak menolak motif serangan itu disebabkan dendam.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan mereka yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta tampil di balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. - BERNAMA


-Surat Khabar Express-








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


2 Dakwat Tumpah:

Cik Bucken said... [Balas Komen Ini]

aku penah tgk mayat yg kene tetak 7 kali kt kepale..ohohoho.bayangkan~

Hamli Sanai said... [Balas Komen Ini]

ouch, dah la aku duk shah alam, haish~~

Post a Comment

 Online User