PENAJA - IKLAN BERBAYAR



Sila click pada ruang yang kosong atau Email Kepada BilaTintaBicara@gmail.com untuk maklumat lebih lanjut

APABILA ANDA DI TAHAN POLIS!

AWAS INI ADALAH ARTIKLE YANG PANJANG
DAN DI CEDOK TANPA SEBARANG PENGUBAH SUAIAN
DAN DI PETIK DARI PADA
"TaNgKaP"
TINDAKAN ANTI PENYALAH GUNAAN KUASA POLIS


JOM KETAHUI APA HAK ANDA
JIKA ANDA DI TAHAN MEREKA


BILAKAH ANDA DI TAHAN POLIS?

1. APABILA DIBERHENTIKAN POLIS

1.1 Sekiranya polis tersebut tidak memakai pakaian seragam
Tanya beliau mengenai kad kuasa beliau.

1.2 Kad Kuasa Polis
Warna Merah : Anggota polis tersebut telah digantung. Beliau tidak mempunyai apa-apa kuasa untuk berbuat apa-apa. Anda tidak perlu mengendahkan beliau.
Warna Biru : Polis yang berpangkat Inspektor dan keatas.
Warna Kuning : Polis yang berpangkat dibawah Inspektor.
Warna Putih : Polis Simpanan.

Ambil perhatian nama dan nombor anggota polis pada Kad Kuasa Polis.

1.3 Di dalam Pakaian Seragam. Ambil perhatian nama dan nombor anggota polis pada pakaian seragamnya.

1.4 Kenderaan Polis. Ambil perhatian tentang nombor pendaftaran pada kereta peronda, motosikal atau

2 APABILA DISOAL OLEH POLIS

2.1 PengenaIan Anda
Anda cuma perlu berikan nama, kad pengenalan dan alamat sahaja.

2.2 Seandainya ditanya soalan-soaian lain
Anda boleh bertanya, "Adakah saya ditahan? "

2.3 Bilakah anda ditahan
Anda ditahan apabila anggota polis itu
• menjawab "ya" pada soalan di atas
• beliau tidak membenarkan anda meninggalkan tempat tersebut atau ingin membawa anda ke balai polis
• apabila anda digari

Jika anda tidak ditahan anda boleh berlepas dari tempat tersebut atau enggan mematuhi arahan
beliau untuk ke balai polis atau tempat lain jika diarahkan.

2.4 Bilakah anda tidak boleh ditahan.
Polis tidak boleh menahan anda semata-mata kerana anda berkemungkinan menjadi seorang saksi dan polis ingin mengambil kenyataan saksi daripada anda (Kenyataan saksi/112).



3. SOALJAWAP OLEH POLIS TANPA PENAHANAN

3.1 Kenyataan saksi/112
Apabila pihak Polis menjalankan siasatan mengenai sesuatu kes dan berpendapat bahawa anda tersebut, pihak Polis boleh menyoal anda dan menulis jawapan-jawapan anda (Kenyataan saksi/112).

3.2 Permintaan rasmi /tidak rasmi
Selalunya, pihak polis membuat permintaan tidak rasmi untuk anda memberikan
Kenyataan saksi/112. Sekiranya tempat dan waktu adalah bersesuaian, beri kerjasama.
Sekiranya tidak, beritahu Polis yang anda akan berbuat demikian pada tempat dan waktu yang bersesuaian. Sekiranya anda enggan bekerjasama sama-sekali, Polis akan mengeluarkan suatu perintah rasmi yang ditandatangani oleh pegawai penyiasat (Perintah Polis} untuk meminta anda bekerjasama.

3.3 Memberikan Kenyataan saksi/112
Anda mempunyai hak untuk meminta seorang peguam menemani anda. Ini adalah dinasihatkan. Di dalam memberikan Kenyataan saksi/112, anda boleh enggan menjawap apa-apa soalan yang boleh mendedahkan anda kepada apa-apa kesalahan jenayah.

• Bawa bersama anda buku nota atau kertas tulisan (nota peribadi).
• Tulis semua soalan yang ditanya di dalam nota peribadi.
• Pastikan anda memahami setiap soalan yang ditanya.
• Ambil masa dan fikir berhati-hati sebelum menulis jawapan di dalam nota peribadi.
• Baca jawapan anda kepada Pegawai Polis yang menyoal anda.
• Simpan nota peribadi untuk rujukan di masa hadapan.

3.4 Menandatangani Kenyataan saksi/112 anda
Sebelum menandatangani kenyataan anda, baca solansoalan dan jawapan-jawapan yang ditulis oleh Pegawai Polis secara berhati-hati.

• Bandingkan kenyataan yang anda disuruh tandatangani dengan nota peibadi anda.
• Anda mempunyai hak untuk membuat pembetulan/perubahan kepada kenyatan anda sebelum menandatanganinya.
• Tuliskan tandatangan anda di bawah ayat penghabisan kenyataan anda.
Sekiranya anda gagaI mematuhinya. anda tidak boleh ditangkap. Akan tetapi, itu adalah satu kesalahan dan pihak Polis boleh meminta Majistret untuk mengeluarkan suatu waran terhadap anda untuk memaksa anda bekerjasama.

4. PENAHANAN OLEH POLIS

4.1 Apabila ditahan tanya, "mangapa saya ditahan?"
Setiap tahanan yang dibuat tanpa dimaklumkan sebabnya adalah satu tahanan yang salah.

4.2 Jangan melawan
Anggota polis mempunyai hak untuk menggunakan kekasaran yang munasabah sekiranya anda melawan.

4.3 Tanya - "Ke balai mana encik hendak membawa saya?"
Anggota polis tersebut hendaklah membawa anda dengan segera ke balai polis berdekatan dan tldak ke tempat lain.

4.4 Apa perlu dibuat setelah dimaklumkan tentang tangkapan.
Anda mempunyai hak untuk membuat panggilan telefon. Buat panggilan kepada keluarga, peguam atau Pusat.

Bantuan Guaman. Maklumkan mereka:-
• Anda telah ditangkap.
• Masa, tempat dan sebab-sebab tangkapan.
• Pengenalan anggota polis yang menangkap.
• Balai polis kepada mana anda dibawa.

4.5 Apa terjadi selepas tangkapan?
Anda boleh ditahan sehingga 24 jam:
• Di balai polis atau
• Di lokap balai polis

dengan tujuan untuk membantu siasatan polis.

5. HAK-HAK ANDA KETIKA DALAM TAHANAN

5 1 Hak untuk menghubungi Peguam
Awak mempunyai hak untuk berhubung dengan peguam dan nyatakan kehendak anda untuk berbuat demikian.

5.2 Pakaian
Anda boleh mempunyai satu set pakaian semasa di dalam lokap.

5.3 Barangan Persendirian
Anggota polis hendaklah merekodkan segala barangan persendirian anda di dalam penjagaan yang selamat. Barangan-barangan ini hendaklah dipulangkan sebaik sahaja anda dilepaskan.

5.4 Kebajikan
Anda dibenarkan untuk mandi 2 kali sehari. Sekiranya anda sakit, anda boleh mendapatkan rawatan dengan segera. Anda hendaklah diberikan makanan, minuman yang wajar dan mencukupi sepanjang tahanan.

5.5 Berapa lama polis boleh menahan anda
Polis boleh menahan anda sehingga 24 jam unluk siasatan. Adalah menjadi tanggungjawab polis untuk menyiapkan siasatan dalam tempoh 24 jam dan melepaskan anda secepat yang mungkin. Seandainya polis tidak dapat menyelesaikan siasatan mereka di dalam masa 24 jam, Polis mesti membawa anda ke hadapan seorang Majistret untuk satu Perintah Reman untuk menyambung penahanan anda melepasi 24 jam.

6. PERINTAH REMAN OLEH MAJISTRET

6.1 Siapakah Majistret
Majistret adalah seorang pegawai Mahkamah yang mempunyai kuasa samada untuk memberi Perintah Reman untuk menahan anda lebih dari 24 jam.

6.2 Tujuan Perintah Reman
la adalah bertuiuan untuk memberikan lebih banyak masa kepada Polis untuk menyelesaikan siasatan mereka dan memutuskan samada terdapat keterangan untuk membuat pertuduhan kesalahan jenyah terhadap anda. Pihak polis tidak boleh memohon Perintah Reman semata-mata bagi tujuan mendapatkan kenyataan daripada anda.

6.3 Jangka hayat Perintah Reman
Apabila anda dibawa ke hadapan Majistret untuk Perintah Reman, Polis mestilah memberikan sebab-sebab mengapa anda perlu ditahan melebihi 24 jam. Majistret bertugas mestilah memberikan pertimbangan yang wajar terhadap sebab-sebab yang diberikan Polis. Polis selalunya akan memohon penahanan lanjutan selama 14 hari atau kurang.

Majistret, selepas memberikan pertimbangan wajar sebab-sebab yang diberikan oleh Polis, mempunyai budi bicara:

• untuk tidak membenarkan Perintah reman; atau,
• untuk membuat Perintah reman untuk suatu jangkamasa yang lebih pendek dari yang dipohon Polis.

Polis boleh membuat lebih daripada satu permohonan untuk Perintah Reman.
Walaubagaimanapun, anda tidak boleh ditahan lebih daripada 15 hari kesamuanya.

6.4 Apakah langkah yang perlu anda ambil sekiranya anda dihadapkan ke Majistret
Maklumkan kepada Majisiret bahawa:

• anda ingin mendapatkan representasi peguam dan memaklumkan kepada LAC serta keluarga anda.
• anda ingin mendapatkan bantuan perubatan kerana anda tidak sihat atau telah didera,
• anda telah diugut atau didera semasa di dalam tahanan (jika ada).
• anda telah dinafikan dengan makanan / air / pakaian yang sewajarnya, tandas atau perhatian perubatan yang sewajarnya semasa di dalam tahanan (jika ada).
• samada polis telah menjalankan penyiasatan semasa anda di dalam tahanan.

6.5 Pohon untuk Perintah Reman yang singkat
Pohon untuk Perintah Reman yang singkat sebelum Majistret memberi Perintah Reman.
Beri alasan-alasan (sebagai contoh: "saya akan bekerjasama dengan polis di dalam siasatan", "saya akan hadir setiap kali polis memerlukan saya" dan sebagainya).

7. PEMERIKSAAN BADAN TANPA TAHANAN

7. 1 Bilakah ia boleh dilakukan
Sekiranya anda berada di tempat (sebagai contoh: karaoke / kelab) di mana polis
sedang melakukan serbuan atau mencari sesuatu (sebagai contoh: dadah berbahaya}, polis berhak untuk melakukan pemeriksaan badan/beg anda tanpa menahan anda. la hanya boleh dilakukan dengan kehadiran pegawai polis yang berpangkal tidak kurang daripada inspektor,

7.2 Apakah yang perlu anda lakukan
• Jangan benarkan polis untuk memasukkan tangan mereka ke dalam saku atau beg anda.
• Kosongkan saku /beg anda di hadapan polis secara sukarela untuk memastikan anda dapat ngawasi barangan anda.
Keluarkan barangan anda satu demi satu. Setiap kali, sebut sebagai contoh "purse", "kunci", "kad pengenalan" dan sebagainya.
Apabila saku / beg anda kosong, terbalikkan saku I beg tersebut.

7.3 Hak-hak anda
• Wanita hanya boleh diperiksa badan mereka o!eh pegawai polis wanita sahaja.
• Setiap pemeriksaan badan perlu dilakukan dengan penuh sopan (sebagai contoh: bahagian sulit tidak boleh disentuh).
• Tidak ada undang-undang membolehkan anda dibogelkan.

8 PEMERIKSAAN BADAN APABILA DITAHAN

8.1 Bilakah polis boleh melakukannya
• Polis mempunyai kuasa untuk melakukan pemeriksaan badan bagi objek yang berhubung dengan kesalahan yang disyaki.
• Pemeriksaan badan harus dilakukan di dalam kawasan yang terlindung. Adalah menjadi hak anda untuk diperiksa di kawasan yang terlindung.

8.2 Pemeriksaan badan secara bogel
Walaupun semasa anda ditahan, tidak ada undang-undang membolehkan Polis memaksa anda dibogelkan. Sekiranya anda dipaksa untuk bogel / diugut sekiranya anda enggan berbogel:
• Bantah.
• Pastikan anda dapatkan nama pegawai polis tersebut.
• Buat laporan selepas kejadian tersebut.

9. SOAL-SIASAT OLEH POLIS SELEPAS DITAHAN

9.1 Kenal pasti pegawai polls yang menyoal-siasat anda.
Pastikan nama I pangkat pegawai polis yang menyoal-siasat anda.

9.2 Hak memilih untuk berdiam diri
Polis lazimnya akan memulakan perbualan ramah mesra (sebagai contoh:
soalan-soalan mengenai keluarga anda, kawan-kawan dan sebagainya). Anda harus bersopan. Jangan khuatir untuk berdiam diri. Itu adalah hak anda.

9.3 Polis inginkan kenyataan bertulis (Kenyataan 113) daripada anda.
Polis akan menyoal anda dan kemudian menulis jawapan anda. Anda hanya perlu memberi nama penuh, umur, alamat dan pekerjaan (Butir-butir peribadi).
Selain daripada memberi Butir-Butir Peribadi, anda berhak untuk berdiam diri.
Sekiranya anda memilih untuk berdiam diri, katakan: "Saya akan menjawab di Mahkamah".

9.4 Polis tidak berhak untuk memaksa anda memberi Kenyataan 113
Setelah memberi Butir-Butir Peribadi tetapi polis mengugut untuk memaksa anda untuk memberi kenyataan bertulis:
• bertenang dan berdiam diri;
• polis tidak berhak untuk mengugut, memukul atau Sekiranya anda telah diugut, dipukul ataupun dipaksa, buat laporan Polis terhadap Pegawai Polis berkenaan secepat mungkin. Ini adalah hak anda.

9.5 Sekiranya anda ingin memberikan Kenyataan 113
Ikut perkara-perkara di dalam perenggan-perenggan 3.3 dan 3.4 di atas. Sekiranya anda tidak mempunyai buku nota/kertas tulisan, minta dari Pegawai Polis. Kenyataan 113 anda boleh digunakan sebagai keterangan terhadap anda di dalam Mahkamah untuk membuktikan:
• anda telah mengakui/membuat pengakuan terhadap kesalahan jenayah sebagaimana yang dituduh; atau,
• anda telah mengakui/membuat pengakuan mengenai sebarang fakta yang boleh menunjukkan bahawa anda bersalah di dalam kesalahan yang dituduh.

POLICE AND YOUR BASIC RIGHTS
Published in conjunction with TANGKAP
(Tindakan Anti PenyalahGunaan KuAsa Polis)
http://www.malaysianbar.org.my

PUSAT BANTUAN GUAMAN / LEGAL AID CENTRES (LAC)
• Kuala Lumpur : 03-2691 3005 / 03-2693 2072
• Selangor : 03-3372 2792
• Negeri Sembilan : 06-7633 035
• Melaka : 06-2845 519 / 06-2864 514
• Johor : 07-2235 698
• Perak : 05-2550 523
• Kedah & Perlis : 04-7333 467
• Kelantan : 04-7448 660
• Pahang : 09-5159 244 / 09-2969 410
• Pulau Pinang : 04-2617 451 / 04-3316 830


GUNAKAN HAK ANDA SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


9 Dakwat Tumpah:

HEROICzero said... [Balas Komen Ini]

heh.. yelah tuh. kalau dah nama nye malaysia, dah kene tahan, xde mane nye~ ckp, banyak, kene lah. kalau report pon, ape jadi?

anyway, nice info.

zyra said... [Balas Komen Ini]

alamak.. xsempat nk baca lg... nk print out je simpan dlm beg, sbb zyra slalu travel turun naik public transport, kekdg smp tgh mlm mencarik teksi.. slalu gak abg2 polis tny "gi mane, dik?" pehtu ader gak yg suke nyakat.. "leklok jln sorg2 mlm2..."
cheh.. kalu dorg tlg anto ok, gak kan?? (^_^)v

Kamil ace™ said... [Balas Komen Ini]

bgos info ni.hehe

sweetie2010.blogspot said... [Balas Komen Ini]

Salam Asy,

Panjang lebar info ni, tapi info berguna. banyak perkara yang kita sebagai orang awam tak mengetahuinya. kak Sweetie bila drive nampak polis jer dah gabra. padahal lesen, road tax semua ok jer. hehhe.

sebelas said... [Balas Komen Ini]

kalo polis mintak rasuah lak macam mana??


http://nomborsebelas.blogspot.com/

Nur Hawa Mohd Zin said... [Balas Komen Ini]

sangat suke entri ni..best! tq info...sebab pernah kena tahan tapi orang tu tak pakai baju polis, cara pun tak mcm polis dan tanya soalan pelik2

gnesop.com said... [Balas Komen Ini]

nice sharing, thx

Nur Qistina said... [Balas Komen Ini]

maklumat yang sangat berguna..nice sharing..=)

Rama2Ungu said... [Balas Komen Ini]

nice info...bagus utk general knowledge..kebanyakan dari kita tak berapa maklum hal ni...
nak copy leh? nk print out.

Post a Comment

 Online User