PENAJA - IKLAN BERBAYAR
BAJET 2011 - Apakah Kita Bersedia?
Bajet 2011 yang akan dibentangkan di Parlimen Jumaat ini dijangka lebih banyak berkisar kepada usaha memantapkan dasar baru kerajaan, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan.
Ahmad yang juga Ketua Penerangan UMNO, berkata dasar berkenaan termasuk Program Transformasi Kerajaan (GTP), Program Transformasi Ekonomi (ETP), Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) dan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10)
Ahmad juga membayangkan hasrat beliau selaku timbalan menteri untuk mendengar lebih banyak "berita gembira", terutamanya kepada rakyat.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dijadual membentangkan Bajet 2011 di Dewan Rakyat pada 15 Oktober.
Pada Perundingan Bajet 2011 di Putrajaya Sabtu lalu, Najib dalam ucapannya menyifatkan perbentangan Bajet 2011 sebagai yang akan menetapkan rentak transformasi ekonomi ke arah ekonomi maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2020.
Untuk maklumat lanjut sila layari Ministry of Finance official website
P/S Menantikan tranformasi yang digembar gemburkan kerajaan kalau tidak nantikan je PRU seterunya!
Related Posts : Bajet,
Bajet 2011,
Parlimen,
Pembentangan,
RMK - 10
Labels:
Bajet,
Bajet 2011,
Parlimen,
Pembentangan,
RMK - 10
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Online User
4 Dakwat Tumpah:
harap² ada yang menarik dalam bajet 2011.
salam bro asy...
bajet nih lum dibentangkan lagi kan???
so kena tungu dan dengarlah..hihi
elmo - hahaha asal barang keperluan asas tak naik ok la kan
gayahspears - jumaat ini 15 October 2010
harap ada berita gembira.. huhuuh
Post a Comment