PENAJA - IKLAN BERBAYAR



Sila click pada ruang yang kosong atau Email Kepada BilaTintaBicara@gmail.com untuk maklumat lebih lanjut

Malaysia Perlukan Akta Jenayah Sihir

KUANTAN - Malaysia disaran agar menggubal Akta Jenayah Sihir bagi membanteras kegiatan jenayah menggunakan ilmu hitam serta mengekang amalan itu daripada berleluasa di kalangan masyarakat melalui mekanisme perundangan.

Pensyarah Kanan Sekolah Pengajian Islam Kolej Antarabangsa Institut Kemahiran Ikhtisas Pahang (IKIP), Dr. Mahyuddin Ismail berkata, penggubalan akta berkenaan memberikan kuasa kepada pihak yang berkenaan untuk mengambil tindakan berhubung jenayah membabitkan sihir.

Menurut beliau, langkah itu wajar diambil supaya pengamal sihir boleh dibawa ke muka pengadilan dan diadili sebagaimana kes-kes jenayah lain.

"Bukan hanya di Malaysia tetapi negara-negara lain juga mengalami masalah sama (sihir) tetapi tidak ada penyelesaian dari segi undang-undang.

"Sebenarnya, jenayah sihir ini boleh dibuktikan di mahkamah syariah dan sivil," katanya ketika membentangkan kertas kerja pada Seminar Undang-Undang Jenayah Sihir di Kolej Antarabangsa IKIP di sini semalam.

Seminar anjuran bersama oleh Kolej Antarabangsa IKIP, Yayasan Pahang, Jabatan Kehakiman Syariah Pahang dan Majlis Agama Islam Pahang (MAIP) itu dirasmikan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan, Datuk Rahman Md. Yunus.


Makin ramai yang dah kena nasik kangkang
kene pukau dan kene santau
semoga Allah merahmati mereka yang terlibat dalam menyengutukanNYA

BilaTintaBicara


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


2 Dakwat Tumpah:

gnesop.com said... [Balas Komen Ini]

cadangan yg baik..
mungkin mampu mengelak dari kes sihir menyihir nih :)

Mawar Merah said... [Balas Komen Ini]

Ye. sy setuju. cth: Kesian pd yg nak beranak, tp susah nak mengandung. rupe2nye kena sihir or dihantar jin utk mkn janin. Ni kes cemburu xdpt kwin dgn laki/pompuan tu.

Post a Comment

 Online User