ubuh seorang penunggang motosikal terputus dua selepas digilis berpuluh kenderaan yang tidak sempat mengelak mangsa yang terbaring di atas jalan raya.
Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi semalam, mangsa yang menunggang motosikal bersendirian hancur lumat akibat rempuhan bertali arus kenderaan yang melalui Jalan Lingkaran Tengah (MRR2) berhampiran Bandar Tasik Selatan, di sini.
Sumber polis trafik Kuala Lumpur berkata, ketika kejadian mangsa dalam perjalanan ke ibu kota sebelum dilanggar dari belakang.
Berdasarkan siasatan, polis percaya mangsa berkemungkinan dirempuh kuat dari belakang oleh sebuah kereta atau kenderaan berat menyebabkan dia tercampak ke atas jalan raya.
Mangsa terjatuh ke tengah jalan kemudian dirempuh beberapa kenderaan yang dipandu laju. Keadaan jalan yang gelap dan menurun bukit dipercayai menyebabkan pemandu kenderaan yang melalui lokasi kejadian tidak sempat mengelak lalu menggilis tubuh mangsa,” katanya.
Menurutnya, mangsa yang digilis berulang kali menyebabkan badannya terputus dua.
“Malah beberapa penunggang motosikal turut terjatuh dan mengalami cedera ringan selepas terlanggar tubuh dan kepala mangsa.
“Namun semua kenderaan yang tidak sengaja merempuh tubuh mangsa terus meninggalkan lokasi kejadian selepas menyedari objek dilanggar adalah mayat manusia,” katanya.
Katanya, orang ramai kemudian segera menghubungi polis sebelum anggota polis bergegas ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan.
“Siasatan awal, mangsa dikenali sebagai Digat a/l Mentagas, 29, berasal dari Rumah Kanawit, Sarawak.
“Susulan kejadian itu, anggota polis trafik terpaksa mengutip cebisan daging mayat mangsa yang berteraburan di atas jalan sepanjang,” katanya.
Menurutnya, mayat mangsa yang hampir hancur itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.
Sementara itu, orang ramai yang menyaksikan kemalangan itu diminta menghubungi balai polis berhampiran atau talian Rakan Cop 03-21159999.
Sumber Harian MEtro
Fuh sila la berhati hati di jalan raya
tunggang dengan cermat ingatlah orang tersayang
MATI HANYA SEKALI .........
13 Dakwat Tumpah:
wow....tuka template bru....cantek!!!!!!!!!!!!! ungu!! huhuh
btw....smlm tgk brite ni...ya Allahhh ngeri sgt2....dh la polis tu kutip usus die ya Allah...jauhi la semua ini dr ku keluarga ku dan sahabat2ku amin!
malang tak berbau..
kecelakaan dan kematian begitu cuma sbg asbab shj..
wallahualam..
Astaga... sadis betul... tuhan saja yg tahu... huhuhu takut nya...
tak sanggup nak tgk huhu..mcm mana polis dgn forensik tu buat keje ye
astaghfirullahalazim! huh..takutnye..mintak dijauhkan~
@nadey
Mintak di jauhkan la jauh2
@aYaz
mati itu pasti...
@Lizzie Yasmin
Ye betul tapi tak mengapa lah dah ajal
@nuriz
mereka adalah orang yang paling tabah dalam menjalan kan kerja
@faizura rahman
mintak di jauhkan sangat sangat
sangat respek cik polih! dia x pakai tutup hidung pongggg
lumrah hidup. insaf cuma seketika saja tapi tetap drive laju2 w/pun dah dinasihat berkali2. Tak mau cakap sapa2, sy sndr pun mcm tu. mintak dijauhkan sangt
lumrah hidup. insaf cuma seketika saja. tapi tetap saja drive laju2 w/pun dah dinasihat bekali2. xmo ckp orang lain, saya sdr pun cam tu jugak. mintak dijauhkan sangat2
Post a Comment