PENAJA - IKLAN BERBAYAR



Sila click pada ruang yang kosong atau Email Kepada BilaTintaBicara@gmail.com untuk maklumat lebih lanjut

Kalau nak Tangkap Pencuri Kene Jadi Pencuri?

Polis telah mewujudkan makmal kasino atau mock casino yang didirikan di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) Cheras di sini bagi melatih pegawai dan anggotanya supaya menjadi pakar dalam menangani jenayah perjudian.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, mock casino tersebut didirikan dengan peruntukan RM198,000 manakala peralatan dan kelengkapan perjudian bernilai RM110,000 disumbangkan oleh Genting Malaysia Berhad.

Menurut beliau, penubuhan makmal yang mirip kasino sebenar itu yang dilengkapi dengan pelbagai peralatan perjudian seperti roullette, mesin slot dan cip bertujuan melatih pegawai JSJ menjadi pakar dalam judi.

"Ibarat untuk menangkap pencuri, perlu jadi pencuri," ujar Ismail.

Kata Ismail, sejak tahun 2000 sehingga 2009, seramai 318 pegawai telah dihantar menjalani kursus di makmal tersebut dan mereka telah diiktiraf sebagai pakar judi.

Ismail berkata demikian di Maktab PDRM ketika beliau memperkenalkan tiga inisiatif baru PDRM bagi memperkasakan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dalam penyiasatan dan membanteras kegiatan jenayah.

Selain mock casino, dua lagi inisiatif baru yang diumumkan oleh Ismail ialah penerbitan buku manual Prosedur Operasi Standard (SOP) siasatan jenayah berat dan laman Portal JSJ Update.

Pelik tapi benar kan tengok masing masing muka happy je agak agak bila da takder kelas diorang main betul2 ke tak agaknya? dengan peruntukan yg besar untuk bende haram tu kan dengan alasan belaja

ok la lepas ni utk tangkap perogol kita kene jadi perogol belajar mcm manan ak jadi perogol dan jugak adakan MOCK ~~"







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


6 Dakwat Tumpah:

touya said... [Balas Komen Ini]

Baguslah diorang wat macam nie , leh mahirkan diri dengan selot belok helah perjudian

Faarihin said... [Balas Komen Ini]

agak bahaya ni.. silap2 ada yang tersalah niat asal ni..

~Nur Zulaiha~ said... [Balas Komen Ini]

erwww~~~

macam nie pon boleh... nie terpegaruh tgk cite cina polis jadi spy jahat la nie...

meo said... [Balas Komen Ini]

erm... ade kebaikannye...

cik mas said... [Balas Komen Ini]

ade kebaikann ade keburukan! :)

Anonymous said... [Balas Komen Ini]

@touya
r u sure??

Post a Comment

 Online User