Lambaian Kaabah |
diam tak diam minggu depan kita akan menyambut satu lagi perayaan iaitu Raya Haji
kemenangan bagi mereka yang telah berjaya di dalam perjalanan menemui Allah
Jom play lagu ini dulu amik mood :-)
Hari Isnin ini kita akan melihat sedikit sebanyak mengenai Ibadah Haji yang merupakan rukun Islam Ke Lima bagi kita yang telah mengucap dua kalimah syahadah
Haji dan Kewajipan
IBADAT haji boleh dikerjakan berulang kali bagi mereka yang mempunyai kemampuan dan cukup syarat-syaratnya. Walau bagaimanapun menurut ulama, ibadat haji itu wajib dikerjakan hanya sekali seumur hidup berdasarkan hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam daripada Abu Hurairah Radiallahuanhu yang maksudnya :
"Telah berkata Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dalam khutbah Baginda : "Wahai sekalian manusia, Allah Subhanahu Wataala telah mewajibkan kepada kamu ibadat haji, oleh kerana itu kamu kerjakanlah haji," seorang lelaki bertanya : "Adakah (dikerjakan haji) pada setiap tahun?" Baginda diam tidak menjawab, sehingga lelaki itu mengulang-ulang pertanyaannya sebanyak tiga kali, selepas itu baru Baginda menjawab dan bersabda : "Jika aku katakan "ya", nescaya wajiblah ia (setiap tahun) dan kamu tidak akan berdaya melakukannya." - (Hadis riwayat Ahmad dan Muslim).
Di dalam Al-Quran Allah Subhanahu Wataala berfirman yang tafsirnya:
Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya. Dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) daripada sekalian makhluk.’’ (Surah Ali Imran ayat 97).
Mengenai kewajipan ibadat haji ini Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam menjelaskan dalam sabda Baginda yang maksudnya:
Agama Islam itu dibina atas lima perkara bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan sesungguhnya Muhammad itu pesuruh Allah, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, berpuasa Ramadan dan mengerjakan haji.’’ (Hadis riwayat Al-Bukhari).
Lambaian Kaabah |
- Islam
- Baligh
- Berakal
- Merdeka
- Berkuasa
Berkuasa itu di bahagi pula kepada dua bahagian
A) Dengan Sendiri di mana ianya
- Ada tambang pergi/balik
- Ada bekalan Makanan
- Ada kenderaan pergi dan balik
- Aman dalam perjalanan pergi dan balik
- Sihat tubuh badan
- Berkesempatan masa
B) Dengan Petolongan Orang lain ( Badal Haji)
- Uzur tidak dapat menunaikan sendiri
- Sakit yang tiada harapan sembuh
- Terlalu tua
- Telah meniggal dunia @ tidak berupaya menunaikanya ketika masih hidup
Kepada mereka yang berpluang bertemu Allah di baitullah TintaBicara mengucapkan selamat beribadah doakanlah Malaysia ini dan dunia Islam supaya aman makmur damai selamanya
Semoga ibadah kalian di terima Allah Besyukurlah kerana di terima Allah untuk menjadi tetamunya pada tahun ini
BilaTintaBicara - Kemanisan Iman bukan boleh di jual beli jom perbaiki diri kita bersama sama moga mendapat keredhaannya
Lambaian Kaabah |
22 Dakwat Tumpah:
Sangat ingin untuk ke tanah suci.Semoga diizinkanNya suatu hari nanti.
insyaallah, semoga hajat kita ke sana kesampaian.amin
insyaAllah memang teringin ke sana..
semoga satu hari nanti akan sampai...
sampai pada usia yg muda...
:)
Info yg baik ttg haji.. Thanks yer. mudah2an ada rezeki dan kesempatan untuk menunaikan haji nnt..
@Scarlett O'Hara Insyalllah kene la banyak usaha
@myoliza satu hari nanti hendaknya
@amiey lee lagi baik dari bercuti ke luar negara kan?
@sarah honey ye dengan tenaga muda semuanya akan dipermudahkanNYA
@Hanis Azlaterima kasih :-)
buat ms ni blom mampu lg nk ke sana..tp mmg dlm perancangan utk ke sana masa muda..time muda la elok gi mekah, bdn tgh sihat =)
suka lagu
"musim haji...telah tiba lagi..menunaikan ibadat..."
hehehehe
NEW N3:
KISAH BENAR DAN ADA TIPU-TIPU SKET
MENGAPA KITA BERTEMU HANYA UNTUK BERPISAH?
berdoa daapt ke sana juga nanti.
aaminn=)
salam :)
insayaallah kalu da rezeki & umur panjg
awal bulan 12 ni fatin kesana :)
doakan Fatin dan family selamat sampai kesana yar :)
amin :)
Sama juga. berhajat nak pergi bila sudah mampu dan berhajat nak bawak mak ayah sekali. (^.^) dengar mcm besar je kan cita2? Tp itu la yg jd semangat utk akak terus bekerja cari nafkah.
insyaALLAh
@y@n@ M!Binsyallah di permudahkan
@GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr yea :-)
@noor afzan amin
@fatin hanani amin aminnnn ya rabbal alamin :-)
@Mawar Merah usaha doa dan tawakal la semoga di permudahkan
@sebelas InsyaALLAH
Post a Comment