PENAJA - IKLAN BERBAYAR



Sila click pada ruang yang kosong atau Email Kepada BilaTintaBicara@gmail.com untuk maklumat lebih lanjut

Wiki Leaks Bocor Rahsia Ketenteraan Amerika Syarikat

GAMBAR menunjukkan laman web WikiLeaks yang membocorkan maklumat sulit Amerika Syarikat

Sebanyak 251,287 dokumen Amerika Syarikat (AS) disiarkan di laman WikiLeaks di Internet kelmarin yang membocorkan maklumat daripada Kedutaan Amerika Syarikat (AS) mengenai penilaian pemimpin dunia dan maklumat rahsia lain.



Maklumat yang disiarkan itu mencetuskan kejutan dalam kalangan pemimpin dunia dan dunia diplomatik.

Akhbar New York Times, Guardian dan majalah Der Spiegel bersama akhbar di Perancis serta Sepanyol memperoleh dokumen tersebut.

Namun identiti yang penyebar maklumat itu tidak didedahkan.

Menurut akhbar itu, kebanyakan maklumat tersebut dilabelkan sebagai maklumat sulit, disimpan sebagai dokumen paling sulit.

Antara kandungan mengejutkan itu ialah pentadbiran Amerika Syarikat (AS) mengarahkan para diplomatnya memainkan peranan sebagai perisik dengan melakukan kerja-kerja pengintipan.

Sebagai contoh, satu arahan sulit dihantar kepada para diplomat AS dengan menggunakan nama Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton pada Julai tahun lalu.

Arahan itu meminta maklumat terperinci mengenai sistem komunikasi yang digunakan oleh para pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Menurut akhbar New York Times, salah satu arahan yang ditandatangani oleh Hillary adalah meminta maklumat biografi dan biometrik mengenai diplomat-diplomat Korea Utara daripada diplomat-diplomat AS.

Menurut akhbar Guardian, arahan itu meminta maklumat perisikan mengenai Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon berhubung cara pengurusan dan caranya membuat keputusan serta pengaruhnya.

Dokumen itu turut mendedahkan penilaian mengenai watak dan peribadi beberapa pemimpin dunia yang dibuat oleh diplomat AS.

Antara pemimpin dunia yang dinilai itu ialah Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad yang dilabelkan sebagai Hitler yang merujuk kepada bekas pemimpin Jerman Adolf Hitler.

Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi, Presiden Afghanistan, Hamid Karzai, Perdana Menteri Rusia, Vladimir Putin tidak terkecuali daripada dinilai oleh para diplomat AS. – Agensi





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


4 Dakwat Tumpah:

Cik Kamoo said... [Balas Komen Ini]

kunjungan balas! nice blog nie....

Mawar Merah said... [Balas Komen Ini]

Haha. Pdn muka AS. Segala konspirasi mereka telah tersebar di amat dunia. Selama ni hipokrit kononnye sokong Islam, walhal dlm diam dia bunuh org2 Islam.

Kie-yu said... [Balas Komen Ini]

hehhhh..takde masalah cari masalah
ape daa :p

amira said... [Balas Komen Ini]

habislah. bocor sudah.. haha

Post a Comment

 Online User