PENAJA - IKLAN BERBAYAR



Sila click pada ruang yang kosong atau Email Kepada BilaTintaBicara@gmail.com untuk maklumat lebih lanjut

Lagi Pengikut Ajaran Sesat Di Tahan....

Pengikut yang di tahan



Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berjaya membongkar satu kumpulan ajaran sesat yang dipercayai mengamalkan fahaman Syiah dalam satu serbuan di Taman Sri Gombak di sini malam kelmarin.

Antara ajaran kumpulan tersebut dikatakan menghalalkan para pengikutnya bernikah secara kontrak dan membenarkan sembahyang jamak dilakukan pada bila-bila masa.

Pengikut ajaran tersebut juga percaya bahawa dosa mereka akan terhapus jika sanggup memukul dan mencederakan diri sendiri dengan rantai besi.

Ajaran yang dipercayai aktif sejak dua tahun lalu itu dikatakan lebih berbahaya daripada ajaran Al-Aqram (pertubuhan haram) kerana pengikutnya menganggap darah orang Islam yang lain adalah halal dan jika dibunuh dianggap sebagai jihad.

Dalam serbuan pukul 10.15 malam di premis kedai empat tingkat di Taman Sri Gombak itu, seramai 200 pengikut kumpulan tersebut termasuk wanita dan kanak-kanak warga tempatan sedang taksub mendengar ceramah yang disampaikan dalam bahasa Iran oleh seorang penceramah jemputan dari negara itu.

Turut serta dalam ceramah tersebut ialah seorang lelaki yang merupakan penterjemah.

Lebih mengejutkan, ada di kalangan pengikut ajaran tersebut terdiri daripada kakitangan awam serta pensyarah.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


3 Dakwat Tumpah:

RerameUngu said... [Balas Komen Ini]

hoh??? warga tempatan kita faham bahas iran ke??? peliknyaaa...kusyuk pulak tu mendengar..even tak paham sepatah haram???
mmg sesatttt

LynnAiza said... [Balas Komen Ini]

ade lagii..*sigh

mira_nas said... [Balas Komen Ini]

gilo.. taqlid takde ilmu lah ni.. hidup cuma nak senang je

Post a Comment

 Online User