PENAJA - IKLAN BERBAYAR



Sila click pada ruang yang kosong atau Email Kepada BilaTintaBicara@gmail.com untuk maklumat lebih lanjut

Tazkirah Jumaat - Kelebihan Surah Yassin..



Assalamualaikum Selamat hari jumaat :-) pada tazkirah yang lepas kita telah mendalami dan mengenali mengenai solat jamak.....pada hari ini mari kita lihat tentang kelebihan surah Yassin.


Surah Yassin merupakan surah ke-36 daripada 114 surah yang terdapat didalam Al-Quran. Surah ini mengandungi 83 ayat. Diturunkan ketika Nabi Muhammad S.A.W. berada di Mekah kecuali ayat yang ke 12 diturunkan di Madinah setelah baginda berhijrah.

Terdapat banyak hadis yang telah menjelaskan tentang fadhilat Yassin; iaitu untuk keberkatan hidup di dunia dan akhirat. Sebaik-baik ibadah seorang hamba kepada Tuhannya ialah membaca Al-Quran. Pada hari kiamat kelak, Al-Quran akan memberi syafaat kepada orang yang membacanya dan Allah S.W.T. telah menjanjikan ganjaran kebaikan atas setiap huruf yang dibaca. Seharusnya orang yang membaca Al-Quran dapat meneliti dan memikirkan kandungannya akhirnya akan merasa insaf serta terbentuk imannya.

Dalam surah Yassin, Allah telah menjelaskan janji-janji kebaikan juga kenikmatan bagi mereka yang beriman dan yang menurut perintahnya, serta ancaman yang mengerikan bagi mereka yang ingkar terhadap perintahNya. Segala keterangan membuktikan adanya syurga dan neraka serta balasan baik dan jahat di akhirat nanti dengan begitu jelas. Menurut Iman Al Ghazali r.a : Surah ini dinamakan hati Al-Quran kerana iman seseorang tidak sah atau tidak sempurna sekiranya dia tidak percaya dan yakin tentang adanya hari akhirat. Keterangan tersebut lengkap terkandung dalam surah ini.

Bagi mendapatkan hikmah yang istimewa, sila amalkan bacaan Surah Yassin

1. Pada setiap pagi hari
2. Pada setiap petang hari

Barangsiapa mengamalkan bacaan surah Yassin di pagi hari, Allah S.W.T. akan mempermudahkan urusannya di sepanjang siang hari. Barangsiapa mengamalkan bacaan Surah Yassin dipetang hari, Allah S.W.T. akan memeliharanya kehidupannya di sepanjang malam.

Dengan menjadikan bacaan Surah Yassin pada setiap pagi hari dan petang hari, dan dengan amalan yang berterusan, apabila berlaku kematian, Allah S.W.T. menjanjikan Syahid. RASULULLAH s. a. w telah bersabda yang bermaksud: "Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:

1. Apabila orang lapar membaca surah yasin, ia boleh menjadi kenyang.
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
6. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
7. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allahmeringankan siksanya.
8. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
9. Jika dibacakan kepada orang yang sakrt, terhindar daripadapenyakitnya.
lO.Sabda Rasulullah s. a. w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan memirrta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".

Barakallah



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


3 Dakwat Tumpah:

Artzlizan said... [Balas Komen Ini]

terima kasih atas perkongsian ilmu ni...

sophietarmizi said... [Balas Komen Ini]

thnx....

Anonymous said... [Balas Komen Ini]

“Siapa yang membaca surah Yasin di pagi hari makaakan dimudahkan (untuknya) urusan hari itu sampai petang. Dan siapa yang membacanya di awal malam(petang hari) maka akan dimudahkan urusannyamalam itu sampai pagi".

Penjelasan Ulama Hadis:
Hadis ini Lemah
Hadis ini diriwayatkan Ad-Darimi 2:457 dari jalur Amrbin Zararah. Dalam sanad hadis ini terdapat Syahr binHausyab. Kata Ibnu Hajar: Ia banyak memursalkan hadisdan banyak keliru.

Post a Comment

 Online User