PENAJA - IKLAN BERBAYAR



Sila click pada ruang yang kosong atau Email Kepada BilaTintaBicara@gmail.com untuk maklumat lebih lanjut

Sesuatu yang perlu di lihat dari sudut berbeza?




Secara jujurnya Malaysia telah menawarkan samaada biasiswa ataupun pinjaman bagi sesorang yang bergelar rakyat Malaysia bagi melanjutkan pengajian ke tahap yang lebih tinggi.

Namun kali ini aku bukan lah nak melihat dari aspek berapa hebatnya pelajar dalam usaha mengapai keputusan yang cemerlang... tapi dari segi kewangan. Rakyat Malaysia (tidak semuanya) selalu membazir dalam perkara yang lagha dalam kata lain perkara yang tidak mendatangkan keuntungan pada jangka panjang.... gemar berbelanja untuk memenuhi kepuasan hati ( demand & supply).

Jadi perkara sebegini di ambil pusing oleh pengdedar,peniaga dan siapa sahaja yang mempunyai kuasa menjual untuk memanipulasi kehendak seseorang walaupun kadang kala barang yang di jual sebenarnya tidak mendatangkan sebarang faedah kepada pembeli tersebut...

Sindrom terbaru adalah Kamera besar besar
kata kata pilihan untuk kali ini adalah

Berapa ribu yang anda sanggup laburkan hasil dari duit pembiayaan pelajaran untuk benda sebegini rupa...benarlah bahawa duit anda suka hati anda lah,tapi ingat bersuka suka sekarang di tengah bulan ibu yang yang terbeban..... contoh lain beg gucci prada bagai,telefon pintar sangat....

Nah membazir amalan syaitan....bukan cuba untuk menjadi tuhan dunia sekadar mengingatkan bahawa perjalan itu masih panjang kalau ada lebih ASB,Gold Investment adalah alternatif untuk mengandakan duit dengan cara halal dan selamat. ( Penulis tidak terlibat sebagai ajen asb atau gold investment harap maklum).

Lebihan itu pasti berguna di kala kita terdesak,memulakan hidup baru sebagai bekas pelajar atau mungkin menambah aset,dan berkahwin?

Pengurusan kewangan itu amat penting,kalau tak di kawal sekarang kemudian hari liarnya bertambah tambah bukan?

Ini mungkin satu dari beribu aspek yang perlu di renung bersama bukan?
Sekadar berkongsi rasa






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


9 Dakwat Tumpah:

Abang Long said... [Balas Komen Ini]

Salam...setuju. Kadang2 gelihati juga melihat keletah mereka yg seperti tidak pernah jumpa duit dan berbelanja tanpa memikirkan masa susah

kaizenshinobi said... [Balas Komen Ini]

Student Malaysia, nak wat cne? hehe

cekkeya said... [Balas Komen Ini]

ahhaah suka bab ayat tuh. kengkadang nampak diorang suka gantung kamera besar kat leher, tapi bila post kat fb, biasa-biasa je gambar selain sharp itu je la kot. angle semua, hampeh ;) gegar and blur je pun kengkadang ;)

Unknown said... [Balas Komen Ini]

tu la, bro
kadang2 orang kita salah pilih hobi
sungguh tak sesuai kalau melayan hobi dengan duit pinjaman walau pun kalau berlebihan
pinjaman itu akhirnya akan dibayar juga bila tiba masa

Cik Nani said... [Balas Komen Ini]

paling tak suka tengok student wat belanja duit PTPTN untuk beli kamera la, hp canggih la.

Nailofarhazirah said... [Balas Komen Ini]

betul. sangat setuju.. seolah-olah dah macam virus.. student jew, tapi dah mampu nak berbelanja besar utk beli2 benda2 mcm tu.. bukanlah iri hati.. kalau dh latar belakang keluarga mereka kalau diikutkan mmg mampu nk beli, xpe.. terpulanglah.... tapi,ad sesetengah tu tak sedar yg mereka sbnarnya mnggunakan duit pinjaman,,

DeLancrettLurpak said... [Balas Komen Ini]

saya abis duit masa belajar dulu sebab makan.. saya tak shopping pun tauuuuuu

aima said... [Balas Komen Ini]

gold investment tu.....ada student yg terfikir ke situ?...student tu mmg power...pakar ekonomi nnti...kheee...

nuriz said... [Balas Komen Ini]

hi asy, lama tak mai sini, tak nampak jugak asy masa duk blogwalking tu..jadi sy dh listkan blog asy kat blog list sy pasni sng sy mai cni

Post a Comment

 Online User